iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, January 18, 2013

OPS, TANJAT GEGURL!!!!

Jangan nak tanjat-tanjat la bila bukak blog aku kali ni. ambik ko!!! besar gedabak punye gambar aku anak beranak..betepek muka tiga beranak..muka semata-mata..kene tukar la sekali-sekala.nak berubah angin.xkan gambar yg sama je..aku pun bosan tengok..dah sampai lah time nak berubah angin. Jangan tanye kenapa muka bapak si delisha tu like that... biarkan saja,asalkan kami bahagia. nak bergambar dengan die memang susah. kalah artis lagak nye. cakap jujur dari hati nurani..aku tak kisah pun gambar org lain tak semenggah.yang penting gambar aku... ok je mata aku tgk..aku pun publish la kat org ramai. yang lain-lain tu ADA AKU KISAH??? aku dah suruh senyum masa posing tu,sila lah senyum.. klu eksen gak...ni la makanan kau.. sori ye sayang..bukan marah..warning je.

pic sebelum ni..
masa ni kawan aku (diana) kawin..
nak nak beranak pun orang tu

pic sekarang..
OMG!!!! bapak kau..



MURAH HATI DERMA SUSU BADAN..



pix_topright



Menarik perhatian aku hari ni berita kat harian metro. murah hati bukan derma harta benda or wang ringgit aje. 

Cerita bab susu badan ni aku teringat pengalaman singkat aku menyusukan Delisha. bila aku fikir-fikir semula terasa bersalah pulak sebab dulu aku tak bersungguh-sungguh menyusukan die. Anak sulung.pengalaman dan kesedaran pun kurang. Aku rasa tak sampai dua bulan pun aku susu kan Delisha. tak ingat berapa lama je aku susukan die.yg aku tau bila aku dah start kerja tu Delisha dah minum susu formula sepenuh nye... maaf kan ibu sayang...andai masa boleh diundur, Insyaa Allah ibu akan sedaya upaya menyusukan adik selama mana yg termampu. Aku pun bukan jenis yg banyak susu.. tapi zaman sekarang ni ape yang mustahil??? ada 1001 cara kalau kita usaha..

Sekarang ni berkobar-kobar nak beranak tambah anak lagi sebab aku berazam nak menyusukan anak sampai lah dua tahun. cukup untuk tampung keperluan anak sendiri pun sudah cukup memadai.. kalau Allah bagi rezeki lebih mcm kes di harian metro ni lagi syukur alhamdulillah.. tak ramai yang berfikiran mcm ibu tersebut.. tambah-tambah dlm masyarakat melayu kite sekarang ni..amalan ibu susuan ni dah menjadi kelaziman masyarakat arab..tapi mungkin jarang-jarang terjadi dalam masyarakat kita.

Pesanan aku kepada diri sendiri dan ibu-ibu sekalian, marilah sama-sama kita berusaha susui anak kita dengan susu ibu..

meh nak cerita sikit pasal susu ibu ni..
p/s : To Karmila binti mohd shrif (aku lah tu) sila baca dan ingat selalu..

Kebaikan susu ibu kepada bayi:
1. Makanan terbaik untuk bayi . Mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
2. Menagndungi zat khusus untuk perkembangan otak
3. Susu pertama (kolustrum) kaya dangan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
4. Megurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman

Kebaikan susu ibu keapda ibu/kelauarga:
1. Megeratkan kasih sayang
2. Membantu mengecutkan rahim dan megelakkan tumpah darah selepas bersalin
3. Mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya merupakan kaedah untuk menjarakkan kelahhiran.
5. Ekonomikal.

sekian

publish.

Wednesday, January 9, 2013

DIET. AKU SEDANG BERDIET? BOLEH CAYE KE?



YEKE? BOLEH CAYE KE?
jawapan: TOLONG JGN PERCAYA!!!

mesti korang ckp,dah kurus mcm lidi pun ada hati nak diet?? helo kawan..now i bukan mcm lidi ok.. dah up sikit dari lidi..mcm rotan kot..hahaha..

berdiet bukan untuk kurus..harap maklum.berdiet untuk kesihatan.ape guna seksa diri berdiet untuk kurus tapi semua penyakit datang bertumpu kat kita.

AKU??makan selagi mampu..tapi bile dinilai2 semula pemakanan aku pun x berapa nak sihat. so,as a muslim kita mmg sudah ada model nye..

mari sama-sama kita baca info yg sgt menarik n berguna ni.

Piramid Makanan

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”(An-Nahl: 68-69)
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

dah habis baca? mcm mane? betul tak aku cakap? sesiapa yg berdiet tu jgn tinggalkan mkn mlm..kene mkn jugak.tapi sila mkn awl dan jgn terus nak menyala-nyala (melingkar).

DEMI MARUAH SEBUAH IKATAN TERMETERAI




hahaha...mari..mari...mari...aku ni jenis tak sabar..nak bg tau kepada sesapa yg sejenis ngn aku yg tak pernah baca novel ni..aku hidangkan sinopsis cerita yg tgh hangat di pasaran..slot akasia TV3..







Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Friday, January 4, 2013

First day kat sekolah...


Semalam 3/1/2013 bermula lah episod kehidupan sebagai pelajar sekolah bagi delisha...start hari tu lah die akan bersekolah n terus bersekolah. Alhamdulillah.. semua nye baik2 sahaja...semua proses berjalan lancar..memang anak ibu good girl..dah terbukti..kecil2 cili padi..mmg xde muka takut nak g sekolah.masa ibu balik pun die selamba je.. semoga adik akan jd pelajar cemerlang...


melangkah untuk menuntut ilmu..
fisabilillah...
hahaha...over betul ibu die

excited sgt nak naik van..
membebel je sbb van kehulu kehilir xde yg berhenti ambik die..
sabar ye di..van adik last trip..

ha..tu die..masa ditunggu2 telah tiba..
van pun sampai...

tu die anak saya...sgt kecil, tapi berdikiri..
ibu biarkan delisha naik sendiri..pastu ibu follow ikut belakang..
muka puas je dpt lepas gian terpendam nak g sekolah naik van

u see.....
my anak paling cute..
kecik je..mcm xcaya delisha dah sekolah..

rakan2 sekelas..yg lain semua 5 tahun.
amik port paling belakang sebab dpn pintu..

caye x????
delisha mmg good girl..
senyum je dlm kelas..suka lah tu!!!!

balik je terus mintak susu..
gian nak isap botol pulak...

bawak balik semua buku..
ibu kene tuliskan nama..
keras tgn ibu sbb dah lama tak menulis..


ANAK IBU KEBANGGAAN IBU!!!!!


Wednesday, January 2, 2013

01.01.2013



Assalamualaikum....selamat bersiaran untuk pertama kalinye di tahun 2013 ni...
tak de nak ucap hapi new year pun. mcm biasa nak cerita pasal anak lah..tahun 2013 ni aku nak anta delisha  sekolah..010113 register delisha kat PASTI pusat asuhan tunas islam..
jom kite layan je gambar2 kat bawah ni.


mata pun sembab lagi..
sebelum kluar layan upin & ipin dulu..
kasut sekolah xde saiz..so ibu bli je kasut putih..
murah n mudah..kalau kotor basuh n lap je.
xperlu jemo..

oh my anak..
pejam celik..pejam celik dah nak masuk 4 tahun rupanya..
anak ibu dah boleh g sekolah

pekena roti canai lepas register...
cikgu pun mcm tak caye je...sbb delisha kecik sgt nak g skolah..
INSYAA ALLAH anak ibu boleh..

bli baju 2 pasang je..saiz S 
nasib baik ada saiz...
manis je muka klu ikut kehendak hati die..

tulis jgn tak tulis...

nilah kehendak hati..
tak boleh tidak..

wah...muka ada senyum..
rajin ayah tlg iron kan baju anak..


bekilat hidung meraung..
adalah yg tak kena tu...

nama saya Nurdelisha Sofia bt Saiful Adha
umur 4 tahun...
saya akan bersekolah di PASTI AS SYAKIRIN pinggiran delima..
harap2 saya boleh sesuaikan diri di sekolah nanti dan boleh pergi sekolah hari2.
saya tak sabar nak naik ven sekolah...