iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, April 30, 2010

semperna sambutan hari bumi




semperna menyahut kempen hari bumi ibu kene pakai baju hijau so manje ibu pun kene join skali lah.

Delisha dah main di playground

fuuyoooo ada jambol

delisha with kak nana...

wah manje ibu dah pandai main kat taman permainan..walupun tak dpt main sume mainan dpt naik gajah pun tax pe...rengkuh2 je janji gajah tu bergoyang...
tapi badan manje ibu dah susut ckit cz slalu kene selsema n batuk..sian maje ibu..nak besar mmg lah mcm tu..

TQ...

time lunch skrg ni mate aku tak de lah ngntuk je n tak de lah aku tido time lunch.. nak tau sebab ape? sebab time lunch ni lah company aku bagi bukak FB..tq to my company n to person incharge utk allow or block FB ni..aku pun tak lah bosan klu keje sorang2 mcm mgu ni..terisi gak la mase aku time keje sorang2...tapi bile kat umah dah siap masak mate aku pun dah tak boleh bukak la lagi. pukul 9 aku dah zzzzzzzzzzz.kire ok lah tu. bgn pkul 5.30am tido pukul 9.00pm. hehehe kire lebih 8 jam lah aku tido rupe nye... tapi harap maklum, 8 jam yg aku tido tu bukan tido berkualiti tau..cz aku kene bgn buat susu untuk si manje..ops dah lari topik ni....

Tuesday, April 27, 2010

aku rasa bosan!!!

kobosanan tahap gaban dah ni....
keje kat tempat aku ni tak ramai org. aku ber2 je.minggu ni n minggu dpn akak opismate aku ni cuti nak kawin kan anak die.so tinggal lah aku sebatang kara di tingkat 4 ni...begitu jugalah keadaannya kepada akak opismate aku bile aku plak yang bercuti..
kalau bawak toto ni pun best gak.bleh tido sampai ptg, pastu time balik aku pun balik lah mcm org biasa.hehehe....idea yang xmembangun langsung! sebab aku ni pekerja jg berdedikasi lagi jujur so aku pun tertonggok lah kat opis ni tanpa kemana2. mmg niat aku bgn pagi tadi nak bekerja.nak cari rezeki yg berkat lagi halal untuk membesarkan anak spy anak aku dpt membesar dgn sempurna n menjadi akan yang solehah.
time bosan2 mcm ni aku pun teringat kat anak aku.klu aku bwk die g opis pun boleh ni.aku pun xde ape nak buat.baik jaga anak kat opis. ni plak idea gila!!!!igt opis ni laki aku yang punye ke? so tak jadi lah..
last2 update blog lah.tapi tak de topik plak. layan je lah ape yang terlintas kat kepala.
tak tau nak cite pasal ape ni. nak cite pasal anak? blog ni pun dah penuh cite pasal dia je..nak cite pasal laki, aku ni xreti nak cite pasal laki.laki aku, aku je lah yang tau..
xpelah...aku pun tak tau nak tulis ape.tgk tv jelah.

Monday, April 19, 2010

Tanda-tanda kematian

Tanda-tanda kematian
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.



* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

Wednesday, April 7, 2010

Perkembangan bayi anda semasa usia 7 bulan

Melonjak-lonjak

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

****manje ibu tak boleh duduk lagi


Belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

****klu tak boleh amik,manje ibu pusing tempat lain cari benda yang lebih menarik perhatian n menyeronokkan


Tumbuh gigi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

****belum ada gaya nak tumbuh gg pun lagi


Menguji autoriti anda

Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

****telefon tempat manje ibu tgk video kegamaran ( tgk diri sendiri membebel)


Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

****mmg manje ibu tido ngn ibu pun..klu tak ibu yang sasau


Kemahiran mengenal

Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

****manje ibu akan pandang ibu dulu nak pastikan ibu marah or tak



Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.
Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

****nnt aku try


Patung dan permainan yang menyeronokkan

Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.
Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.
Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

**** maka menjeritlah manje ibu klu org amik ape yang manje ibu dah pegang

Tuesday, April 6, 2010

Manje IbU aDa PiLiHaN sENdiRi

x suke mainan ni!!!!!

tak tau lah ape salah ko anak ayam...aku ngn sepul bekenan tgk anak ayam ni melompat2 mase g pasar malam kat nanding..aku pun bli lah untuk manje ibu dgn harapan manje ibu suke ngn mainan ni...
sampai je rumah aku pun terus lah pulas2 skru kat bdn ayam ni, make telompat2 lah si anak ayam depan manje ibu... tapi yang wat aku x caya manje ibu boleh buat x tau je.tak menarik perhatian manje ibu langsung! "ape lah ibu n ayah ni ble mainan bodoh mcm ni kat aku". ayat tu lah yang berlegar2 dlm otak manje ibu bile tgk anak ayam tu melompat kot.

sibuk memerhati dulu...

dah mule dpt idea...

ape lagi....selamat lah tren. mcm monster rampas tren....
Minggu depan nye plak ayah bli lah tren ni cz xpuas hati manje ibu ni xberminat kat anak ayam tu.mmg manje ibu pandang tren ni mase aku bli anak ayam tu. tapi aku yang buat kesimpulan sendiri anak ayam lagi best cz manje ibu boleh kejar bile anak ayam ni melompat.. ternyata manje ibu ada pilihan sendiri..
sampai je rumah bile aku dah bagi tren bergerak,manje ibu terus dtg kat aku. punya lah berminat kat mainan ni...ceria je muke bile tgk tren ni bergerak..

Monday, April 5, 2010

ni lah wajah terbaru aku...


hehehe ni lah gambar tebaru aku
subur menternak jerawat

DelisHa NgN Mak cu & Pak Cik

Ni Mak Cu DelisHa

Ni PlaK Pak Cik Delisha

Delisha nak g umah mak long plak ni. umah mak long kat temerloh...
tapi tak sempat nak bergambar kat umah mak long cz bile sampai ibu terus g dapur makan laksa yang mak long buat. ibu blasah 2 pinggan laksa...dah kenyang baru ibu wat2 rajin tolong2 ape yang patut...heeee...mmg tak patut buat perangai mcm tu..manje ibu jgn ikut mcm tu tau...

Pic KaMi sEkELuaRGa

ni pic terbaru kami sekeluarga

main2 kat playgroung depan umah atok

buai laju2.....


dah 7 bulan umur Delisha baru aku berkesempatan nak amik gambar kami sekeluarga..selama ni x teringat plak. tapi pic nye tak formal lah. ikut sempat je. Plan mlm tu nak g uah yani cz die buat besday alif, tapi delisah tak sihat plak. delisha bah bersiap nak jumpa kwn...

DeLisHa Dah 7 BuLaN

Ibu pun amik kesempatan lah meluruskan tulang2...

ayah pun tak kurang hebatnye amik kesempatan berahat...

manje ibu beraksi bile dgr org kira 1..2...

kat blakang tu sepupu manje ibu, walaupun ganas tapi sayang kat manje ibu

Wah manje ibu dah 7 bulan la....
mase ni manje ibu balik kampung ibu. sampai je kampung trus la g kat pasar malam cz opah berniaga kat sana.tapi manje ibu tak boleh makan lagi, klu tak mesti manje ibu makan satey yang opah jual banyak2. ibu suap ketupat je kat manje ibu. gambar ni masa dah balik rumah atok. macam biasalah bile sampai rumah org lain maje ibu mcm pelik je. "rumah sape plak ibu bawak adik ni"..mesti ayat ni yang berlegar dlm fikiran manje ibu kan?

SiaN MaNje Ibu Demam Lagi...

Minggu lepas balik kampung Simpang pelangai. Petang Jumaat tu manje ibu dah batuk2 dah. Sabtu malam tu manje ibu kene selsema plak. Ahad trus lah demam tapi tak la panas sangat. demam sebab selsema kot. tapi kesian lah tgk bile manje ibu selsema n batuk. ibu jadi serba tak kene. risau kat manje ibu. malam ape lagi merengek n memerintah lah manje ibu. tapi ibu usaha buat yang terbaik untuk manje ibu.. ibu doa kan supaya manje ibu cepat sihat ye...

Thursday, April 1, 2010

let's go ke pantai...




Nak g pantai mane manje ibu nie?...hehehe.....
pantai dalam rumah je...tgu balik tanjung gemuk lah baru dapat g pantai...
sebenarnya aku yang bekenan tgk topi ni...mahal aku bli ni RM1.99 hahaha...nasib baik lah manje ibu nie baik orang nye.ape ibu bagi pakai manje ibu pakai je.... so pakai dalam rumah jelah...


mangsa kebosanan ibu..





Topi tu sebenar nya untuk baby.tapi mase baby dulu delisha xboleh pakai cz besar. bile selongkar2 semula terjumpa lah topi ni. aku pun amik lah bagi delisha pakai...haha dah 6 bulan baru muat..aku pun blasah je lah bagi delisha pakai. mule2 delisha tarik2 tali yang aku ikat, tapi dah lama2 die biar jelah..klu bagi pakai tudung pun manje ibu ni tak pandai nak bukak kan lagi....

sebenarnye manje ibu ni menjadi mangsa kebosanan ibu.....tapi bukan mangsa dera tau...