iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Monday, May 31, 2010

PERKEMBANGAN BAYI PADA USIA 9 BULAN

Hampir berjalan
Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).
Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)
Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.



Kasut? Belum lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.



Bermain dan belajar
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.
Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.
Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.



Menangani pemisahan
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.
Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.



Cuba untuk membuat perjalanan
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.



Pemahaman bahasa
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)
Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.
Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Tuesday, May 25, 2010

Ilmu Untuk Semua


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang

lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



Monday, May 24, 2010

MeNu Di HaRi SaBtu

telor dadar tanpa haisan...aku mmg sememangnye malas


Sambal udang kene pancung kepala...

ops! takde sayur ke?......
ada tapi aku xsnap gambar...tak sempat cz manje ibu dah bgn....
pukul 11 pagi aku dah siap masak..maklum lah pukul 5 pagi dah bgn...(rasa mcm bibik plak)hehehe...
kebetulan manje ibu mcm phm2 je ibu bertugas jd bibik hari ni...cuaca plak mendung je,so si manje pun tak lepas peluang sambung tido...peluang jugak lah bg ibu jln kan tugas dgn jaya nye...




HujuNg MinGGu YanG MeMeNaTkaN

Punya lah semangat aku nak buat kerja2 yang dah tertangguh selama 3 minggu, pukul 5 pagi aku dah bgn... tapi hari tu cuaca tak berapa sesuai untuk aku mendobi..sesuai untuk sesiapa yang nak berehat lebih.. pagi2 lagi hujan dah turun. so, tak kering lah baju2 aku hari tu.kerja2 lain sume setel...

ni lah hasil pd keesokkan harinya..

longgokkan pertama....baju si manje yg x kurang hebat banyak nye...


longgokkan ke2 baju2 aku n si suami...tinggi menggunung


ni pembantu yang xdi ingini...wat bertambah keje aku je....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


hasil longgokkan pertama


hasil longgokkan ke2

Sebenarnya ada lagi yg xsempat kering. Towel n selimut x sempat kering...klu tak lg bertambah longgokkan...Tapi baju2 ni bukan lah 3 minggu punya stok...seminggu je...klu tiga minggu alamat xde bju lah nak pakai..aku tido plak ats longgok baju2 tu nnt.
kerja2 yg lain tu xdpt lah nak snap gambarnye...nnt xjadi keje lak.tu dah dikira berposing plak...

Friday, May 21, 2010

Anak manje Ibu











Delisha 8 bulan








Hulu langat- kuala rompin- JB - kuala rompin- Hulu langat





ni lah kawan Delisha kat Johor

Minggu lepas aku balik Rompin sampai hari Jumaat dah malam dalam pukul 11.00 mlm. Sampai je mertua n jiran2 tgh buat mkn2 wat nasik air... kire langkah kanan lah aku hari tu...

Petang Sabtu g JB lak anta adik ipar aku. kat sane dok umah busu (makcik sebelah sepul) sampai sana jadual memang padat. mula2 aku plan nak g umah ros tapi x sempat lah..sori lah byk2 ye puan roznifa bt Ali mungkin tak de rezeki lagi nak jumpa ko.. malam pun merayap gak. g pasar borong pandan city.tapi tak habis rayap pun.kawasan luas lagi pun hari dah malam. manje ibu pun dah tido. aku pun lupa nak snap gambar cz bz menyerbey brg2 yang ada kat sana tapi xbeli ape pun.xde ape2 yang menarik pun kat sana pada aku lah.

Hari berikutnya (ahad) g lah plaza angsana cz si suami nak bli kasut kerja die yang dah koyak..sian si suami g keje pakai lah kasut koyak...huhuhu...dah azab sgt kasut tu...malang nye aku lupe gak nak snap gmbar kasut yg dah azab sengsara tu....cari punya cari dapat gak lah kasut kerja untuk si suami tapi tak lah mahal sampai 2 3 ratus..bli setakat yang mmpu je...

Masa kat umah busu ternyata lah manje ibu ni dah biasa hidup sorang2. Busu ada menagsuh anak org. ada yang sebaya ngn manje ibu tapi die dah nak pandai jalan,dah tumbuh gg tapi manje ibu tak lagi. bile bagi die org main sama2 manje ibu mcm tak pandai nak main sama2 asik sengeh2 je kat budak tu...tak pandai nak amik mainan kat tgn budak tu..ala2 tak pandai gaduh lah kot... org suruh main same2,manje ibu asik tgk TV je.hahah...tu lah keadaan nye cz manje ibu ni di asuh sorang2 je. tu yang xmesra ngn org.

Pas anta adik ipar aku kat kempas kite org pun gerak balik tanjng gemuk (kuala rompin) dari kempas pukul 5 ptg sampai tg gemuk dalam pukul 8.30 mlm.. yang best nye mlm ni ada wat mkn2 lagi.mmg rajin betul jiran mertua aku ni wat mkn2. sesuai sgt lah dgn aku yg sentiasa lapar je ni. menu die laksa penang...mmg peberet aku sgt2 ni...letih mmg letih tapi seronok. aku tak rasa balik rumah mertua pun.rasa mcm balik rumah mak sendiri je. fmly mertua  pun baik jiran2 n saudara mara sebaleh suami pun ok je semua. balik je kg menje ibu tido pun lewat cz ramai org nak melayan manje ibu...

Petang Isnin baru gerak balik Langat...sampai Langat dah pukul 10.00 mlm...nasib ada tapau lauk dr kg senag sikit kerja aku. Klu tak kene singgah mkn kat kedai..aku tak suke..

Weekend ni time berehat

Dah 3 minggu aku tak lekat kat rumah...tiap minggu ade je program. minggu pertama, Sabtu g kenduri kat Maran, Ahad kenduri kat Bandar Tun Razak (akak kat opis aku ni kawinkan anak die). Pastu minggu ke2 lak balik kampung aku. Minggu lepas balik Tanjung Gemuk n g Johor..huh!!! memang letih rasanya. tapi puas hati cz dpt balik dua2 kampung. adil n saksama...

Minggu ni plan nak dok berehat kat umah je lah...tapi cakap je berehat,xde lah aku boleh tido sepanjang masa. Semenjak naik pangkat jd isteri n ibu ni tak de istilah rehat mcm time aku bujang2 dulu...klu aku ckp nak berahat tu makne nye dok umah jelah...tapi kerja rumah yang dah tertangguh 3 minggu tu...... hahaha.....aku dah tak sabar nak setelkan. klu dah setel baru senang hati aku.

esok aku nak bangun pagi2 nak kemas n bersih kan rumah, basuh baju, selimut,cadar n sarung bantal....slama tiga minggu ni aku tahan mate je lah tgk keadaan rumah aku. sebab aku ni bukan lah rajin sgt. tu pun aku curi2 gak sapu rumah n basuh baju....tapi yg peliknya xplak aku bosan wat kerja2 tu...adoi.....nasib baik rumah aku tu kecik n xbyk barang.sng la kerja2 mengemas..

Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI IBU


Setiap Ahad minggu ke2 dlm bulan Mei adalah sambutan hari ibu di beberapa buah nagara termasuk lah negara kita melaysia.

Maknanya 9 Mei 2010 ni adalah sambutan hari ibu. Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana anda berada terutama kepada emak aku sendiri. penat lelah emak membesarkan aku tak mungkin dapat aku balas dengan ape pun. jasa dan pengorbanan yang emak curahkan sepanjang hidup aku akan aku ingat hingga ke akhir hayat. 

Sembilan bulan mengandung, sabar membawa kemana jua. ketidak selesaan ketika mengandung tak pernah dikeluh. tiba masa melahirkan, bertarung nyawa melahirkan si anak. sakitnya hanya Allah Swt yang tahu.berserah sepenuhnya kepada Allah swt agar anak yang bakal dihahirkan selamat begitu juga dgn dirinya.
setalah selamat melahirkan bersengkang mata menjaga anak. kasih dan sayang kepada si anak tak dapat nak digambarkan. membelai lalu mencium si anak dgn  penuh kasih sayang. kasih seorang ibu takkan hapus.kasih seorang ibu membawa hingga ke syurga..

selamat hari ibu Mak....Puan Kamariah Binti Yeop




Thursday, May 6, 2010

EFFECTS OF COLD WATER

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

aku berada dalam keadaan kritikal!!!!

Aku risau ni....3 bln lps aku timbang berat aku 41kg...hari ni kau timbang dah tinggal 40.8kg je.
3 bln lagi tak kan turun ke angka 3 kot.sama mcm aku sebelum mengandung dulu...aku makan dah banyak.bismillah pun aku xlupa baca sebelum mkn.tapi kemana pergi nya makanan2 yang aku makan selamani? Nak kata aku 'membuang',tak de la hari2 aku melawat bilik kecik tu...
dulu nak cari seluar sikit punya susuh.saiz 25 pun longgar lagi..sekarang dah ketat..tapi saiznya biarlah rahsia..keje aku tak la teruk pun.byk berehat dari buat keje.manje ibu pun tak meragam, so tak de lah aku berjaga mlm..
aku rasa mesti penimbang kat klinik tu yang rosak ni.......(nak sedapkan hati)

ni lah nama nya manusia.tak pernah bersyukur ape yang dah Allah anugerahkan.Org gemuk sibuk nak kurus.org kurus nak gemuk plak..

tapi aku bukan tak bersyukur.aku risau je.tapi tak la sampai tak boleh tido..hehehe as long as aku sihat syukur alhamdulillah...

Tuesday, May 4, 2010

sempena hari ibu n hari bapa yg bakal tiba

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

aku suke lagu ni..tapi xhafal plak..
dedicate utk semua ibu2 n ayah2 yang baca blog ni..


PERKEMBANGAN BAYI PADA USIA 8 BULAN

Duduk, merangkak dan berdiri
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.


Menggunakan tangan
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.


Sifat semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.


Apabila berpisah
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.


Mengeksplorasi objek

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.
Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.
Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.


Penglihatan yang semakin baik
Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.



Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.



ehsan dari baby center

Monday, May 3, 2010

HJH Delisha


Check up 8 bulan

cover buku check up


graf berat

 

graf tinggi


graf BMI

29 April 2010 lepas dah 8 bulan lah usia manje ibu..tapi sume tak pandai lagi...risau plak ibu ni...
hari ni 3 may 2010 manje ibu g check up. mcm biase lah check up pukul 8 pagi..manje ibu pun dah siap2 nak g klinik.tapi tak dpt nak snap gmbr cz beteri npon lak buat2 nazak.. ayah manje lah tak cas mlm tadi eeeee....geram betul.
kali ni OK sume nye.time timbang manje ibu tak kencing lagi atas penimbang...selamat ibu.klu tak satu keje lak ibu nak g toilet basuh 'bontottt' manje lagi pun keadaan toilet tak memuaskan..
kat klinik tu suara manje ibu je dgr.kdg2 manje ibu membebel,kdg2 dah manangis plak...merengek n meragam cz lapar,tak selesa n rimas kot.....
tgh manje ibu membebel ada lak sorang mamat kecik ni menangis...kuat gak suara die.manje ibu pun tgk je mcm pelik kat mamat kecik tu.tibe2 manje ibu pun buat suara menangis sambil pandang kat mamat kecik tu...huuhuuhuu.....terkejut gak aku  bile tgk manje ibu ajuk org nangis..boleh cari jaln gaduh ni....tak boleh y sayang...manje ibu tak bleh cari pasal ngn org..tapi klu org dah cari pasal ngn manje jgn kasi can..blasah je balik..hehehe...

keputusan check up tadi:-

berat = 7.1kg
panjang = 69cm
BMI = 15
lilitan kepala = 44cm

* kesimpulan nye normal lah tumbesaran manje.tak terkeluar dari graf lah..

sekarang ni manje ibu :-
-tak pandai merangkak lagi (tapi dah bgn mcm nak merangkak)
-belum tumbuh gg lagi
-belum pandai duduk sendiri

TAPI DIE MANJE SGT NGN IBU...

IBU SAYANG MANJE !!!!!! LOVE U SO MUCH!!!MMMUUUUAAAAHHHHH!!!!!

IBU love DELISHA love AYAH

tentang diri aku

berikut adalah hasil kiraan tarih lahir aku mengikit kaedah sains metafizik..
seteleh di campur2kan semua nombor yang ada, berikut adalah hasil nya..


Kod Asas : 9


Kekuatan:

Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

entah lah aku pun tak berapa sure klu ada kebolehan sbg penghibur..disebab kan ni semua positif aku terimajelah
sebenarnya aku ni kurang perasan ape kekuatan aku..



Kelemahan:

Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

ops!hehe yeke?no komen lah
tapi ada gak yang betul


Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata

2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan

3) Kurangkan sifat emosional

emosional aku bukan lah menangis..tapi aku ni mmg cpt naik angin



Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:

Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas Presiden USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)