iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Monday, December 12, 2011

Delisha Buat Hal

Cerita ni dah boleh dikatakan basi.
cite dah lama
tapi mood nak update blog mmg tersangat lah kureng
cite ni isnin minggu lepas (5 Dec 2011)
convocation SIL kat PICC
pendek kan cerita sampai lah kite org kat sini
FIL,MIL,SIL, aku, Mr suami & buah hati pengarang jantung aku
yg dah jadi pelakon utama N3 untuk ke sekian kali nya

muka bahagia belikan doremon untuk mak anjang
senyum pun lawak je muka

peace tak tinggal
aku pun sampai naik darah bila nak ambik gambar minah ni
tak boleh dok jauh dari doremon

haaaa mcm ni kan ok
tak payah nak tunjuk2 jari
ni jelah senyuman paling manis
yg delisha boleh persembahkan untuk readers sekalian

nak dijadikan cerita...
entah mcm mana time aku pgg tgn delisha die plak melompat2 n jatuh terpusing
pas tu aku rasa tangan die meletop..
alamak patah ke tangan budak ni???? ape lagi meraung sakan lah
suruh angkat tangan mula2 boleh pastu dah tak boleh.
confirm la mmg tak patah.tapi aku rasa seliuh kot.
akhirnya tertido letih menangis tahan sakit
pic kat atas ni time dah ok sikit.dah boleh la bangun n makan gula2
tapi terpaksa guna tangan kiri cz tangan kanan yg sakit

selesai konvo,singgah klinik kat rumah aku.
doktor picit2 die tahan je.tak nangis pun.
aku suruh dok balut ,tapi dok sangkut guna andoh (kain 3 segi tu)
letak je kain kat leher terus meraung mcm dah kene toreh je tgn tu.
dok bg ubat tahan sakit n ubat sapu (gel jernih)
aku yg setia dgn arahan dok tak berlengah lagi. sampai je rumah terus jln kan tugas.

tak payah cerita lebih2...
akhirnya mlm tu gak tangan delisha elok.
umpan mkn aiskrim terus mkn guna tangan kanan yg sakit tu

kesimpulannya:---

aku rasa tangan die tak la seliuh pun
sekit sikit je.

aku risau sampai tak selera nak mkn.
gambar pun tak sempat nak ambik..

ape pun syukur alhamdulillah delisha tak ape2..

Tuesday, November 15, 2011

the making of soya

last week impian blaja buat air soya jd kenyataan
dah berkurun memendam impian tu
akhirnye tercapai gak
ambik kau!!! dah nak seperiuk bangang soya die

sori kualiti gambar nan ado jo
tetiba tunjuk gambar air soya je kan.
yeke aku yg buat.mana gambar proses memaking soya nye..
panjang cite nye.memula aku nak buat.
terkial-kial ala2 lembab je
terus la sifu aku a.k.a jiran aku la yg buat kan.
aku tukang buat sibuk sampai lupa nak amik gambar

besar periuk umah ko mila...
hehe pinjam sifu gak punya
semua pinjam hak org.
blender,tapis,bakas air,periuk n dapur gas semua dipinjam dari jiran2
tabung gas tu aku punya key!!!

HAAAA kau...
taknak ketinggalan nak gak interprem
nilah bibik baru aku
sekarang ni dielah yg kemas umah,masak n buat kerja2 rumah aku
pandai tak aku cari bibik
mmg TOP la klu buat kerja
kemas rumah pandai,masak pun sedap ( sesuai ngn selera aku)

Wednesday, November 9, 2011

NO ENTRY RAYA KORBAN

dah lama tak cite pasal budak ni..
anak aku yg sorang (buat masa ni la)
xde ape yg nak dikhabarkan
tu jelah kepandaian die bila bergambar


haaa...kan..
TENGOK TU!!!!!
(tred mark delisha)eh betul tak aku eja tu
betul tak aku ckp
mmg tu je kepandaian
yg dapat aku turunkan
next step ibu turunkan ilmu lagi

nampak mcm aman tenteram je area rumah aku kan
mana tak aman,time ni tgh hari
org dok dlm rumah
aku je dua beranak yg berposing tak tentu hala

LOVE U SO MUCH...MUCH...MUCH...
LOT...LOT...LOT....
VERY...VERY...VERY....
GILER...GILER...GILER...

klu aku teruskan aku yg akan gila...

stakat ni je coretan empty aku
ok gua chow!!!

Saturday, October 29, 2011

pelangi

Fail:Arc-en-ciel secondaire.jpg

dah lama aku tak tgk pelangi.masa aku kecik2 dulu slalu gak berkesempatan tgk pelangi.skrg ni xtau la kenapa jrg dpt tgk pelangi muncul.aku yg tak prihatin or dah mmg xde lagi pelangi yg muncul. cantik pelangi tu.tapi aku sempat snap sekeping je gambar.pastu tetiba hujan turun skali ngn angin kuat. huhu...aku mmg ngeri klu angin kuat  ni.

aku teringat masa kecik2 dulu.entah mana cerita karut yg kwn2 aku dpt 'klu nampak pelangi tak boleh tunjuk,nnt tangan kudung'. lawak antarabangsa pun kalah aku rasa..ape kene mengena klu tunjuk pelangi tangan kudung plak.

fakta sahih tentang pelangi..

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Fail:Rainbow formation.png

Thursday, October 20, 2011

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."



1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.


2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.


7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY 3RD WEDDING ANNIVERSARY 19 Oktober 2011

N3 in advance


pic ni 3 tahun lepas...

syukur alhamdulillah kerana kami diberi peluang untuk hidup bersama mengharungi kehidupan berumah tangga sehingga ke saat ini.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
KE TIGA TAHUN

nak cakap selamat menyambut ulang tahun perkahwianan ke tiga kot salah.
macam dah kwin kali ke tiga plak.

semoga Allah swt akan sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan di dalam rumah tangga kami.
semoga ikatan suci ini akan kekal selama-lamanya
dengan kehadiran cahaya mata kami akan menguatkan kasih sayang antara kami.

Doa untuk kebahagiaan keluarga





Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa'.


Weekend aku bersama jiran2

Aku mau bercerita tapi cerita ape ye? ada cerita tapi xdo pic...

kite cerita kosong aje lah.dlm blog ni xleh bersembang cz one way communication je.so bukan berbual kosong juz cerita kosong.

Disebalik cerita aku membelah kesunyian pagi drive sensorg,rupanya ada org meninggal kat umah aku.sbb aku tak tau aku pun berani lah kluar rumah.klu tau,kluar peluh jantan lah aku kluar rumah nak g ke kereta nampak gayanya. tak mau cite pasal org yg meninggal tu, cite pasal xtvt org yg masih hidup ni. Ape pun takziah utk Abang Man & family atas pemergian anakanda nye (aku tak kanal pun anak die yg meninggal tu)

aku sampai rumah dah pikul 7 pagi.plan nak tido sepuasnye sampai tgh hari sbb aku tak tido pun mlm tu.
sampai je rumah jiran dpn rumah bg tau berita kematian tu.ape lagi terus celik la bijik mate aku. mandi2 n kemas rumah sikit2 n terus join jiran2 yg ada kat luar.

tlg prepare makanan utk org balik dari kubur nnt.masak utk lunch skali.semuanye bergotong rayong. kat kwsn rumah aku tu masih lagi mengamalkan gotong royong. so kene join la tlg2 ape yg patut.dah setel bab siang aku pun lari balik umah jap nak tido.tido sampai hujan lebat kat luar pun aku tak sedar. ape lagi selamat lah kain baju aku yg berjemo kat luat tu bermandi hujan. Adoi......tambah lagi astu kerja.

petang plak sambung masak smula utk tahlil. gotong rayong jugak.join skali lagi. masak sampai dah nak magrib.lepas isyak, majlis tahlil.pukul 11 mlm baru setel.ape lagi lepas kemas sikit2 aku pun menonong je balik rumah cz mcm ada batu besar je bergantung mate aku ni.Fuh... mmg letih. tapi disebabkan jiran ni semuanye baik2 laratkan gak lah tolong ape yg boleh.

esok nye plak (Ahad) penat pun tak hilang sgt lagi.nak masak breakfast pun mls. aku pun bagi je tepung kat akk depan umah suh die tlg masakkan cekodok.hehehe setel bab makan pagi ni...pas masak mkn la ramai2 dpn rumah. selamat aku tak payah masak.. dah kenyang perut sambung tlg setelkan pinggan mangkuk kat pondok tempat tahlil smlm. die org dah siap masak nasik goreng. rezeki2...mmg xpayah la aku masak tgh hari ni...

rezeki lagi...mee rebus plak.jiran sebelah rumah masak n makan ramai2 kat umah die.. sah mmg aku tak payah la masak.siap tapaukan lagi...boleh rehat2 je...kih...kih...kih... dah kenyang jagi lah ular sawa..melingkar dlm rumah..

petang, bergosip sambil buat kuih loyang a.k.a kuih ros. kuih ni kuih tradisional.masa aku kecik2 dulu slalu  jumpa kat umah org time raya.skrg ni dah jarang sgt jumpa.dpt gak blajar buat kuih tu. sambil masak sambil makan kuih tu.agk2 aku dah kenyang, aku pun masuk la rumah.alasan,aku nak masak plak.xlrt nak tlg smp habis.byk sgt die org buat. hehehe kdg2 aku ni xleh pakai gak.

pas tu mlm pun menjelma. aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

tu lah aktiviti aku minggu lepas. klu aku ada aku bercampur la ngn masyarakat. klu dah balik kg or time standby mmg aku dah tak peduli org. kerja perlu diutamakan cz tu lah periuk nasik aku.



klu korg tak kenal ni lah kuih nye..google je..

Saturday, October 15, 2011

WA CAYA SAMA WA!!!!

huh...hari ni 15 Oct 2011 jam 3.00am tercatat lah sejarah aku drive sensorg dari umah ke opis..
bukan kagum cz aku drive.tp masa n ketika beserta time tu...korg tgk btul2 pukul berapa okey....TIGA PAGI tau.masa org tgh sdp2 diulit mimpi aku terpaksa meredah embun jantan n membelah kabus malam(ewah tetiba je jiwang dipagi buta) dtg ke opis sbb kene wat test call smula...ROLLBACK. bukan salah org ln,salah aku la sebenarnye.aku yg g getal nak balik awal. berani buat berani tanggung lah. ni lah akibatnye.

pukul 1.30 aku dah balik cz test call after migration dah setel.mmg sepatutnye aku kene tunggu sampai dieorg setel.biasanye setel n success lah. nak dijadikan cerita mlm ni plak tak success.ape masalah nye tak payah la aku nak cite cz bukan korg paham pun.sampai rumah aku pun tido.tgh syok2 membuta masuk 1 call,call ni akan bg tau success or tak.biasanye seccess lah.tapi kali ni terus celek biji mata cz center tu ckp tak seccess n kene wat test call smula.APE?????!!!!!!! aku suruh org tu ulang semula ape yg die ckp. SAH mmg tak success n aku kene g opis smule.

pendek kan cite aku pun kesian kat 'org sebelah' n anak aku, aku pun mintak izin nak g sorg je.dlm rasa berani n tak aku kuatkan gak hati utk drive sendiri.alhamdulillah aku pun selamat sampai opis. ops lupa nak  cite otw aku g opis ada polis wat roadblock, aku berenti n die suh la aku turunkan tingkap.

Incik polis: akak dari mane?
aku          : dari rumah
incik polis: nak g mane ni (sambil suluh2 dlm kete aku yg ala2 lori sampah mini sbb byk sgt kertas)
aku          : nak g opis
incik polis : hah, g opis? buat ape? (muka terkejut n tak percaya pepagi buta plak nak g opis)
aku           : ON CALL
incik polis : oooo...okey. (dah percaya lah cz die org pun biasa ON CALL gak)

lagi pun muke aku ni muke suci (cz bgn tido terus pakai tudung xpayah basuh muka)
muka aku muka org tak reti menipu.keh...keh...keh....  


****** kete yg bayak kertas tu KERETA KANCIL  ye.bukan dibeli atas nama aku.
anda semua perlu berdiri n beri TEPUKAN GEMURUH utk aku cz kete yg aku bwk tu kete MANUAL.
kete AUTO tu aku takut nak bawak atas alasan BESAR. (bukan kete merc ye just saga je)

******nampak sgt aku ni bukan jenis pempuan yg independent.hehehe lantak lah ape org nak ckp janji aku HAPI

ok cau cin cau...

lagi lama lg byk aku merepek.

Friday, October 14, 2011

Jumaat ---- smart casual day

ops!!! klu pernah nampak tudung tu kat mane2
senyap je tau..jgn sesekli bersuara ape lagi bertanya

tempat posing tu tak penting
sbb objektif sebenar nak tunjuk baju je.


Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..selamat hari jumaat & selamat semuanye.
Jumaat adalah penghulu segala hari.semua org islam mmg sedia maklum akan hal itu n rasanya tak perlulah aku wat ceramah pendek dlm N3 kali ni.

Kat company aku plak Jumaat diwartakan sebagai smart casual day. maksud nye pada hari jumaat boleh lah pakai baju kasual. kalau tak pakai kemeja n sluar slack pun boleh g opis. tapi ramai yg dah tersalah erti, hari jumaat boleh pakai tshirt bodoh n jeans. tu termasuk lah aku sebenar nye. ikut pandai korg la.

tapi hari ni aku ok.aku tak la pakai jeans g keje.aku pakai kemeja n sluar tak tau nak ckp sluar ape.tapi mmg boleh pakai untuk hari bekerja biasa lah.plan nak pakai jubah memandang kan hari jumaat. kene jadi baik2 sikit. baru comey...(perasaan aku je).

Pic aku pun dah tertepek kat sini,so aku nak buat pengakuan jujur sebenarnya baju ni baju pinjam (tp bkn pinjam pun cz tak mintak izin pun)hehehe. tuan punya baju tompang basuh baju kat umah aku.pastu tuan nye balik kg.tinggal lah baju ni kat umah aku sementara waktu. ahad ni tuan die balik semula.so mesti lah tuan baju ni amik semula baju die kan?? menggunakan sisa2 masa yg ada,aku pun iron n pakai g keje hari ni.Nak lepas gian.slame ni pakai la baju kurung je g keje. aku keje ngn org lelaki je mejoritinya. perasaan nak melaram tu tak membara cz xde saingan. 2 3 kerat org pempuan kat sini pun mcm tu gak. dah tepek bedak n calit sikit lipstik tu pun dah kira rajin lah tu. sbb mengenangkan aku ni muda lagi harus lah jugak kdg2 kene pakai elok2 n cantik2 (cantik pada aku je). jgn lah aku tua sebelum usia...

ok lah..tetibe kehilangan idea plak.
sambung N3 lain di lain hari okey.

wassalam...

Wednesday, October 12, 2011

KAABAH

BACA DAN CEK BETUL KE TAK PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT... Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah? Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini. Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini. kredit: http://www.NurulAmir.com Salam Ukhuwah..

10-C-ON aku...



Stress betul aku skrg ni. stress n tension (10-C-ON) cz tak reti nak pakai tudung belit2 mcm org skrg ni...adoi..aku ni dah ketinggalan zaman.cara berpakaian pun dah mcm makcik-makcik je aku rasa...rasanye tak la tua sgt pun.tapi....no komen lah.

pagi tadi berhajat nak la pakai tudung lilit2 mcm org muda2 zaman skrg.lilit punya lilit....tak jadi gak..huh...KECEWA.....last skali aku bentang je kat meja. hah jadilah kau ALAS MEJA... nak bli table runner mahal..ko pakai jelah tudung aku tu je meje...

balik krg aku try usaha lagi.klu jadi ko boleh jd tudung nak tutup kepala aku.klu tak selama2nye lah ko dok kat situ n tutup lah meja tu.dah buruk nanti aku LEMPAR je dlm tong sampah...

ALAMAK!!!!!! tension lagi....
NAK MASAK APE SABTU NI YE???? jiran2 ajak berpiknik dpn umah je.bwk makanan dr umah.pastu mkn lah ramai2...BUNYI MCM BEST je...tapi ape yg aku nak masak cz aku tak pandai masak.msk utk mkn ber2 je boleh la...

Monday, October 10, 2011

Cite sikit pasal langsir



bukan nak cite pasal aku jait lagsir yg gran2.
ni nak cite pasal 'org sebelah'aku yg sentiasa tak puas hati ngan aku.
ada je benda die tak puas hati a.k.a busuk hati kat aku.

baru2 ni balik kg aku n g la umah kenduri.
kenduri org nak g haji.
sempat plak 'org sebelah' aku usha langsir umah org tu

sembang laki bini

laki: tadi sy tgk langsir umah org tu cantik gak.
      bukan cantik pesen die.die punya kedut tu rapat2.kan cantik klu mcm tu
(dah start nak ngata aku lah tu)
bini: banyak kedut,bayak lah kain nye.
       banyak kain, banyak plak dah duitnye.
       bak duit nye, boleh sy wat langsir byk kedut...

tu punya jawab si bini...sungguh tak membangun jwp kat laki mcm tu.

die mmg suka mengkritik lagsir yg aku jait.
KAH...KAH...KAH....
korang pun boleh gelak besar sebenarnya.
tapi memang betul pun.
kali pertama aku jait langsir sendiri langsung xde kedut.
sebab nye aku jait kalah org pro.
org siap ukur.aku main agak2 je.
agak2 tu pun masa kat kg.lagsir untuk rumah aku.

yg kali kedua ni aku mmg terlebih pandai dari org
staff nagoya tu dah bg tau aku klu 3panel punye tingkap biasanya 6m
sebab aku nak buat utk 2 tingkap so kene bli 12 meter lah.
aku yg bijak bestari ni g beli 10m je.
budget lah konon je

HA AMIK KAU!!!!!
dapat lah langsir yg kurang kedut
seperti yg 'org sebelah' aku meluat tu



moral of the story:
kire ok lah dari cubaan yg pertama...
tapi sori la cz aku tak nak lah tepek pic lagsir umah aku
klu nak tgk gak sila lah selidik umah aku
tak pun cari2 lah gambar kot ada selit2 kat FB or memane.

Friday, October 7, 2011

hasil jejari gatal


nilah hasil jejari aku yg gatal menerjah kat mudah.com
qualiti OK /KO
aku xleh komen lagi
klu dah guna baru boleh komen
lagi pun ni baru kali pertama aku bli cadar
harga pun xla murah sgt biasa2 je

aku ni dok HULU
nak g ke KL tu mmg payah la
bukan payah dik jauh
payah dik MALAS

beli baju aku dah serik
sbb baju nak kene try dulu
pernah bli baju delisha
tapi bile dpt AMIK KAU!!!!
gedabak bosa eh...


Friday, September 30, 2011

HATI

HATI YG TERLUKA N KECEWA

MASIH BELUM TERUBAT

TAK SAPE PUN YG TAHU

HANYA KEPADA ALLAH SWT

TEMPAT AKU MENGADU

Thursday, September 29, 2011

New Bike For Delisha


SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
jeng...jeng...jeng....
BASIKAL UNTUK ADIK!!!!!!
nampak muka tergamam delisha tgk basikal baru dpn mata
nampak muke gembira tapi tak reti nak diluahkan

Ibu puas hati bile dpt bagi sesuatu kat delisha
ibu hapi sgt bila tgk anak ibu gembira
nikmatnya Allah shj yg tahu

kene betulkan dulu
maklumlah dah tinggal yg display je
xde pilihan lain
tgk kertas putih yg tergantung kat basikal tu
mmg sah ibu angkut yg display punye
xkira ibu nak jugak

muke eksen...
xtau menurun sape eksen die
tapi delisha mmg hapi sgt dpt basikal baru ni
baby die dah ready dok dlm bakul
takut kene tinggal

ibu siap beli botol air lagi
buat bekalan kot haus kayuh basikal
hehehehe....

usaha belajar mengayuh
nnt klu ibu kerja weekend
boleh kayuh basikal kat taman tasik permaisuri

BEKERJA SAMBIL BERIADAH


huh....hari ahad pagi2 bute lagi org dah kol aku
cz ade kerja yg aku kene setelkan
dah nama pun kerja ahrus lah aku setelkan tanpa byk songeh
memandangkan aku kene g pagi (xla pagi sgt pun...)
cuaca pun tak panas terik
bolehlah Delisha berseronok kat playground
kat tasik permaisuri (sebelah opis aku je)
ble aku fri aku pun join sekaki


mcm2 mainan dah try..
nak try utk org besar2 plak
so mintak bantuan ayah

berahat sambil basahkan tekak

pic ngn ibu jgn dilupa
ibu wajib tunjuk muka gak
klu tak wat letih je jd tukang amik gambar


HujuNg MinGGu YanG PeNuH CeRiTa

minggu lepas minggu bz aku cz dah sampai lah turn standby.
mcm biasa jumaat mlm sabtu kene standby utk test call kat opis
pic ni masa kat umah lagi.
aku bz siap2 kan diri n brg n keperluan delisha nak bwk g opis
yg si delisha plak amik kesempatan wat SPA.
bukan mandi lulur or mandi susu
tapi mandi nasi....sambil menyani-nyanyi riang gumbira
nasi x masuk mulut pun.habis die wat scrub muka n badan




pastu tgh mlm plak tetibe je muntah2.
tgh tido die muntah.
aku pun dah naik risau cz xpernah lagi jg mcm tu.
habis toto n selimut kene muntah...

Esoknye plak bwk delisha g klinik
risau beb sbb xpernah jd mcm tu pun
risau kot melarat n jd ape2 plak
bila delisha bgn dr tido aku pun suh delisha jln sendiri
nak tgk die lrt tak jalan..
pastu bg mkn bubur
alhamdulillah boleh berjalan n mkn





sampai je klinik xmcm org sakit pun
aktif je bermain
aku plak serba salah nak ckp kat doktor delisha xsht
tp syukur alhamdulillah xmelarat.
siang tu dah tak muntah2 lagi
demam pun xde

petang...
xlrt aku nak melayan kerenah anak aku ni
tu baru sorg,klu ramai aku makin kurus kering
nasib baik dpt jiran2 yg baik n memahami
jiran sblh aku rajin nak melayan budak2 ni
dah la belikan kolam plastik ni
rajin siap curah plak sower gel dlm tu...
klu aku jgn harap...
hehehe........
aku rasa budak2 ni mandi kencing delisha
sbb delisha je sorg yg kecik n xtau nak ckp klu nak kencing
so harus lah die kencing tanpa rasa besalah nye dlm pool tu...
hahaha....

sekian utk xtvt hari sabtu 24 sept 2011




Halloooo Aku masih bernyawa di muka bumi Allah ni

aku rindu kat blog yg dah lama aku biarkan...
aku masih bernyawa n masih menghirup udara yg sama mcm korg jugak
cuma tiap kali nak update blog mood aku mati disebabkan nak upload pic sikit punye seksa..
tak tau ape sbb.xleh nak komen lebih2 cz aku guna fri je
klu aku kluar duit byr network yg aku guna dah sure lah aku sembur sesape yg berkenaan

bayak cite yg dah ter miss aku nak update kat korg sume
n3 kali ni aku tak kan lah nak cite yg dah aku anggap basi tu
cite pasal cite yg HOT2 lah.

kali ni aku nak amik mood berBlog dulu
xde cite yg special nak aku share ngn korg sume

ok caw cin caw....

see u at next n3 wokey>>>

Tuesday, July 26, 2011

KiTe NiE (ORg PeMpUaN) MMg sPeCiaL...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."


Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...



baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...



ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...



Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."



masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...



bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..



dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..



ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...



ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...



aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....



So?....apa yang peliknya..??



Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...



Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...



Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...



Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Wednesday, July 13, 2011

update...

xde mood lagi nak update blog.
pastu jgn tny knp...
hehehe perasan je..xde sape pn nak tny
aku je wat2 perasan sendiri..
nnt la tgu bulan pose kot baru la update ckit2
bg blog aku ni besawang dulu.

bulan depan delisha dah 2tahun...
kejap je masa berlalu..

Tuesday, June 28, 2011

bersosial @ sg congkak


last week sempat lah aku bersosial @sg congkak
walaupun mlm sebelum tu aku bersengkang mate
bekerja demi sesuap nasi....ceh! syahdu sungguh
hehehe

pergi 6 org tak termasuk si kenit
tapi makanan mcm nak kenduri

balik dari kerja sempat lah aku goreng bihun
wat besarkan perut (sbb org tua kata xbleh mkn sebelum mandi)
tapi klu dah nama piknik mmg best la mkn--berendam--mkn
byk lagi lah menu nye

spegeti--sanwish--ayam goreng--nugget--bihun goreng
(klu salah spelling jgn komen tau)
mknn ringan2 n tak lupa ayam bakar
ayam bakar resepi aku..
hantam sajalah janji rasa ayam


pic kat bawah ni tak de yg sedang bermandi manda
hanya ada seorang puteri yd tertido keletihan main air


memang bahagia tido kat sini dgn angin sepoi2 bahasa
& desiran air sungai yg mengalir


teratak alia RM10 sewa nya...
klu kat kg aku pondok mcm ni ayam pun tak nak tido
(sbb ayam kat kg aku suka tido atas pokok)
kat sini boleh buat duit lagi



kesian...
sempai guna sekali je
dtg kali ke2 dah bocor plak
aku beli kat sg congkak
aku buang pun kat sg congkak gak

Tuesday, June 14, 2011

KATAKAN TIDAK PADA JERAWAT!!!!!!

senyum ni bukan tanda bangga tau...

ARGHHHH!!!!!!!
BENCI!!!!!!! TIDAK!!!!!!!!

lihat lah sekalian umat manusia keadaan muka aku sekarang
hormon gatal ape yg tgh aktif dlm bdn aku ni pun aku tak tau
jerawat tumbuh bagaikan cendawan
JEWARAT BATU....JERAWAT HALUS2...
semua cukup pakej
pakej lengkap family jerawat

camne nak buat ni...
mcm mana nak stopkan dari jerawat2 ni tumbuh subur kat muke aku..
susah nye hati...

nak kata aku salah pakai ape2
aku rasa tak kot
dari dulu sampai sekarang aku pakai benda sama je

TOLONGLAH sekalian umat manusia
tolong lah aku mcm mana nak solve kan problem MR. J ni...

Thursday, June 9, 2011

kari 4warded....jgn membazir


gambar roti jala buatan sendiri ni dah lama bersarang dlm hpon
baru tringat ada cita nak update kat blog aku
cite ni pun dah lama
klu roti jala ni ada bukan lagi basi agak nye dah jd bubur kot
punya lah lama aku peram cite roti jala ni


aku bukan suka sangat roti jala ni
aku pun bukan saje2 rajin nak tebar roti jala ni
sbb aku malas la aku teringat nak wat benda ni
ni bukan makanan untuk minum petang ye
ni sebenarnye utk mkn malam
heheeeeeeeee

rajin kan aku wat roti jala untuk mkn malam?
korang tau sebab ape?
sebab hari sebelum tu aku masak kari ayam
bila tak habis aku 4ward la lauk tu utk esok
buat roti jala n cicah ngan kari ayam 4warded

nilah hasil nye
tak membazir
sebab ustaz aku ckp membazir tu amalan setan

ada gaya tak aku tebar roti jala???

boleh tahan la kuning die...
jgn kuning sgt tau
aku guna serbuk kunyit je


sebiji roti jala telah digulung


jeng...jeng...jeng....
roti jalan igauan Mr suami...
hehehe...perasan je lebih

ni bukan warna sebenar

taraaaaaaaaa.....
nilah kari 4warded aku....

Wednesday, June 1, 2011

BuDGeT 2011 DaH Setel!!!!

Bonus 2010 yang aku dpt baru2 ni dah selamat aku gunakan
dah setel tak bersisa..
hehehe....
tapi bukan nye aku berjoli untuk diri sendiri tau
walaupun dah setel duit tu aku kerjakan tapi aku puas
puas sbb?????
aku dpt berjalan2 ngn Mr suami, anak n kwn2
memudahkan kerja aku basuh baju
sihatkan bdn cz xde la minum air karat2 lagi

lepas ni dah xde @ tak boleh nak beli ape2 lagi cz budget pun dah setel
kene tunggu thn depan klu2 ada rezeki n panjang umo




dah dpt bibik baru 6.5kg
senang sikit kerja aku
tapi rahsia tau....
sebenarnya bukan lah duit aku 100%
aku paksa Mr suami share ngn aku gak

ni bibik lama aku 3kg je semi auto
kene basuh banyak kali klu baju banyak
tu yg tak larat
bibik lama ni dah selamat Mr suami kekah kat jiran

Bio Aura water filter
mak aku beli mahal ni...
tapi aku beli murah je RM600
bkn 2nd hand,baru ada warranty card lagi
berganda murah dari mak aku
harap2 aku tak ditipu cz benda ni murah sangat

sesapa nak boleh roger aku
tapi aku nak jual RM1000
harga tak boleh kurang
sbb aku nak cepat kaya
heheh...joke je

tak ketinggalan
kuda baru aku
motif beli adalah untuk keselesaan balik kampung
adik beradik n kaum keluarga pun boleh tmpg sekali