iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, November 30, 2012

FIRST TIME BER-CD




boleh la..first time pakai.
aku pun xteror lagi 
ni aku pakaikan 1 lapis je insert nye
klu 2 lapis tebal sgt

view blakang..


dua beranaK sama teruja klu bab2 banda baru ni.tambah plak baru jumpa.
ala-ala jakun jap.tapi dpt snap 2 keping je gambar.
aku dah sentap bile sepul kata aku ni tersgt over.xsempat2 nak pakaikan.
die suh tgu nak tido dulu baru bg anak die pakai.
tapi aku fedulik ape..hak aku,aku yg beli,bkn pinjam org punya pun.
ibu n anak sekepala..delisha mmg sentiasa berpihak kat aku punye.
klu nak gaduh mesti aku menang.sbb hakim kat umah tu berat sebelah.







Thursday, November 29, 2012

SABUN PENCUCI CD



Semalam cloth diapers delisha sampai (beli on9 je)
mula2 igt boleh basuh ngn sabun biasa. (aku ni kan blaja guna gugel je)
rupanye kene guna sabun khas.klu tak nnt mcm2 masalah plak timbul.nnt klu melecet, gatal2, bocor aku salah kan CD gak. sbb dah ter excited sgt,aku dah x boleh sabar lagi nak bli sabun guna on9 ni.esok or lusa baru dpt klu bli on9. aku pun sms sepul suh cari PUREEN HAD. cari kat mane aku pun xtau nak cakap.yg aku tau ada je..##tetibaakujadikejam##.cari punya cari tak jumpa sbb die lagi la xtau kat mana nak cari. last choice aku suh die g kat kedai lunatot kat permaisuri (dpn ofis aku je). pendekan cerita dpt lah sabun ni..aku bli yg serbuk je.try yg serbuk dulu,nnt baru try yg cair plak.
CD tu kene prewash dulu sebelum pakai. 2 or 3 kali.aku pun basuh n bilas.ulang sampai 3 kali.kira 3 kali lah tu kan? pastu spin n gantung kat hanger keringkan guna kipas je.nak tgu matahari,mlm2 matahari xde. mlm ni boleh la try pakai..

selamat mencuba untuk aku.harap2 aku akan terus terpaut hati nak guna CD ni untuk anak2 seterusnya nnt.

LunaCare Detergent (1kg)
RM19.90


Lunacare Liquid Detergent (500ml))
RM13.90

PLAN THN DEPAN, NAK ANTA G SEKOLAH

ini anak saya.nama die NURDELISHA SOFIA BINTI SAIFUL ADHA
umur 3 tahun.tahun depan 4 tahun

Aku plan thn depan nak anta delisha ni g skolah..aku pun dah buat servey la sikit2 nak anta kat skolah mane.tp servey pun kat en gugel je la..bukan g satu skolah ke satu skolah..aku dah excited sgt nak anta die g skolah ni..excited gak nak g redah smua skolah tadika yang ada kat hulu langat tu..bayak jugak la pilihan klu nak pilih.terpulang la.ikut kemampuan.tapi 80% keputusan stakat ni aku n sepul pilih PASTI.

PASTI ni dkt je ngn rumah aku.tp kene naik bas lah.klu jln kaki berpeluh lah jugak. Nama PASTI ni pun aku tak tau lagi.tp kat Pinggiran Delima.Depan kawasan rumah aku je.kene cross main road lah.maybe next week kot baru nak terjah skolah ni.nak jumpa cikgu n register skali...

TAPI......................
hehehe..aku risau gak, dah 2 3 hari g skolah tetibe ja die ckp " ibu,rasanye adik xnak lah g skolah.adik penat" budak ni kuat auta gak..klu putih kate die,maka putih la,klu hitam, hitam la.xde pilihan lain melain kan kite je yg kene mengalah. setakat ni die mmg nak sgt la pergi sekolah.sbb die berminat nak naik bas skolah tu. bab suasana kat sekolah die belum tau lagi.aku bg tau skolah tu best.nnt ada buku banyak,boleh tulis n warna.ada kawan ramai,boleh nyanyi,baca doa, bla..bla..bla...die pun seronok la dgr cerita aku.
 
Sungguh.aku tak tipu.aku memang sgt2 teruja nak anta anak g sekolah. siap nya sepul lagi."dulu mula2 awk g skolah awk nangis tak?" die jwb,tak..sbb aku ni bukn jenis manje mengada2 punya budak.takde nak manangis2 g skolah ni..aku redah je.xde plak mak ayah aku nak tunggu aku sehari suntuk kat sekolah.pepandai la aku bawak diri.
 
tak sabar nak tgk anak pakai unifom sekolah..heheh...pakai baju,tudung,pakai kasut n galas beg...mcm anak2 org lain tu..stok beg delisha mmg banyak..ada satu lagi beg pooh aku simpan untuk guna masa g skolah nnt..tapi mcm besar je..so ada rezeki kene lah bli yg baru saiz kecik sikit.bab kasut sekolah? kesian..ada ke saiz die..kaki kecik je..dah g servey 1 kedai..xde saiz die..xpe,nnt kite bli je ape2 jenis kasut asal kan putih..
 
Harap2 delisha nak la g skolah..tapi klu nak ponteng skali skala tu aku approve kan lah application die.sbb umo 4 thn ni aku tak paksa pun die nak blaja sgt.juz ikut2 je..pupuk minat dulu pastu dedah kan die dgn kawan2 biar die pandai bergaul n bawak diri.memang motif aku anta die g skolah awl2 pun sbb nak die pandai bergaul n bawak diri n nak die dgr kata sikit.xde lah asik nak dgr cakap die je..

Wednesday, November 28, 2012

CLOTH DIAPER UTK DELISHA





HAAA....bukan agak lambat,tp mmg dah lambat pun.tapi lebih baik la dari xde yetak? ape pun nak share gak.sbb nye CD delisha baru je sampai tadi.so teringin plak nak share info ni ngn anda semua.Delisha pun dah 3 tahun baru terbuka hati & minda nak try CD..servey punya servey aku try brand babyland lah dulu atas faktor harga yg utama nye.ciri2 pun aku rasa tak kurang hebat gak.

1st trial aku bli 3 keping je dulu..kaler merah,oren n purple menjadi pilihan hati..dah alang2 tu aku pun copy paste jugak sikit info untuk dishare bersama.

Ape pun nnt kan update aku yg akan datang pasal CD ni bile Delisha dah guna ok...




Baby Land Bamboo Charcoal Cloth Diaper

With Totally 100% Bamboo Fabrics..
Totally 100% Antibacteria..


Apa itu cloth diaper (CD)?

Cloth diaper adalah lampin kain moden yang mampu berfungsi seperti lampin pakai buang (pampers) dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula !

Apa Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar,
kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan
bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dengan Cloth Diaper dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket)
dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang...
Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!

Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma
jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi.
Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi.
Selepas dibasuh, biarkan ia kering dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.


7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI GUNAKAN CLOTH DIAPER


1. Cloth Diaper juga sangat menjimatkan! 

Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan Disposable Diaper (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda?? 

2. Pemakaian Cloth Diaper juga membantu bayi anda lebih sihat.
Ini kerana, Cloth diaper diperbuat daripada kain Cotton.
Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya.

3. Dengan memakai cloth diaper juga, kurang berlaku ruam dan gatal.
Sebabnya tidak lagi berlaku tindak balas bahan kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku. Terdapat kristal-kristal kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit.

Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Bahan kimia ini juga membolehkan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya dan juga menyebabkan ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi.

* Tributyl Tin (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* Crude Oil - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil adalah sejenis petroleum.

4. Alam persekitaran kita juga akan lebih terjaga dan terpelihara.
Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers.
Satu Disposable Diaper hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam.
Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ?
Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu?
Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??

Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang

- Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
- Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
- Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
- Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
- Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah

5. Senang untuk digunakan.
Kalau zaman dulu-dulu, zaman guna kain lampin manual, kita kena ada pin, seluar getah,dan kena ada masa untuk lipat kain lampin tu.
Tapi sekarang, cloth diaper ada macam-macam rekaan baru dan moden yang sangat menyenangkan ibu bapa untuk menggunakannya!!

6. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri
kerana mereka boleh merasakan kebasahan padacloth diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.
Bayi yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam Cloth Diaper (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

7. Anak-anak juga belajar dari pemerhatian dan peniruan.
Dengan memakai cloth diaper, anda juga telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik dan menjaga alam sekitar.
Mereka pun akan mencontohi sikap anda yang baik kerana telah di didik dengan cara seperti itu


more info boleh cari kat sini

http://iluvsuperstore.com/page.html?id=54

Monday, November 26, 2012

SARAPAN NGERI DI PAGI SABTU




Nilah rentetan cerita sabtu lps yg aku dah share ngn Mr. mukabuku & En.Instag...NO..NO..NO...jangan sesape berani bersuara nak komen mcm2 ye...##hatitengahpanas## bile tgk je gambar hati aku panas mcm dok kat dapur tgh goreng kuih ni...semlm dah sejuk,kali ni panas semula...salah sape????HAKU jugak kan???

Aku ni punya la subuh2 sepie (pepagi buta) dah bgn prepare nak buat kuih keria untuk sarapan anak n suami  terchinta..punya la suci niat hati aku..alih2 NAH kau!!! nilah hasil nya...ni lah org tua2 cakap 'niat tak menghalalkan cara' (ada kene mengena ke?)

seminggu aku menggugel resepi tau.kat rumah ada labu, nak mempelbagaikan resepi,nak kretip sgt lah konon.ape lagi yg boleh buat benda mkn dgn labu selain masak lemak labu..gugel punye gugel dpt la resepi buah kuih keria guna labu. slalu guna ubi keledek kan? sbb nilah resepi yg paling senang n sesuai dgn org mcm aku yg tersangat 'clever' buat kuih..

MEMPERSEMBAHKAN HASILNYA!!!!
JENG..JENG..JENG...
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

ada korg nampak mcm kuih keria???ada??ada???
so?
dgn rasminya aku bagi nama CEKODOK LABU BERSIRA!!


CEKODOK LABU BERSIRA...
##sangatsedih##

gula + air =kasi bedak ini kuih..
agak2 dah pekat curah ke kuih tu..kacau2 sampai air gula tu kering

upacara cekodok berendam dlm kuali
(menggoreng)

hasil nye..
moral of the story..
time masak jgn sibuk snp pic.nnt legam mcm ni..

jgn salah tafsir..
ni sebelum jd cekodok..
dah sampai liat mcm ni pun xboleh nak bentuk jd kuih keria jugak
chef dah naik angin..
aku tarik2 je masuk kuali.
sbb tu lah xjd kuih keria aku..

Friday, November 23, 2012

MARI KITA SAMA2 TENGOK APE YG KITE GUNA DAN MARI KITA CARI ALTENATIF LAIN

 
 
 
 
 
OMG!!!!!! byk nye yg aku guna...byk yg aku dah menyumbang rupa nye...lps ni IN SYAA ALLAH
aku akan cari alternatif lain..bukan kita tak boleh hidup pun klu x gunakan brg2 israel ni kan? klu dah tak de pilihan tu.....aku tawakal aje lah...
 
ape yg aku slalu n pernah guna???
 
AIR WICK, AJAK, COCA-COLA, COLGATE, MAGGI, HEAD & SHOULDERS, NESTLE, NOKIA, NESCAFE, CARREFOUR, AMBI PUR, KITKAT, KOTEX, JOHNSON&JOHNSON..
 
tu je stakat ni yg aku ingat.. cosmatic n baju2 yg branded2 tu mmg harus la aku tak pernah pakai..xmampu la dek non oi...aku ni kan so so je org nye..sng ckp cukup2 mkn je.klu blagak bli yg mhl2 tu ada yg TERmiss nnt.
 
so skrg ni mari lah sama-sama kita munyahut seruan kerajaan utk menggunakan barang buatan MALAYSIA...bukan skrg ni je yg aku nak guna brg2 made in malaysia ni...mmg dari dulu lagi aku dah biasa guna barang tempatan ni..lebih murah n kualiti pun ok lah jugak..lagi2 barang keperluan n mknn...
 
 
 
 
STOP BELI ISRAEL PRODUK..
klu xmampu nak menyumbang harta benda n tenaga, boikot produk pun dah kira membantu...
 

Wednesday, November 21, 2012

SHARING IS CARING...MARI SAMA2 BOIKOT PRODUK ISRAEL

boikot1
 
 
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
 
Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

 
 
ni semua aku copy paste je...

Monday, November 19, 2012

BERINSTAGRAM BERSAMA MILADELISHA...




HAHAHAHA!!!!KAHKAHKAH!!!! mari gelak beramai2..tak kira la motif ape korang nak gelak..tapi moh le bergelak sakan ngn aku jap...aku gelak sakan sbb terasa diri ni dah maju sikit.. & gelak kan diri sendiri cz selalu terkebelakang,ketinggalan bab2 teknilogi ni...bukan teknilogi ape pun....instargram je...n baru tau ape paedah nye play store dlm npon tu..

aku biasa la dgr org berinstagram bile berenang kat laman muka buku tu..aku igt npon yg mahal2 n cecanggih je boleh berinstagram..rupa2 nye dlm play store tu ada mcm2 yg kita nak..hahahaha...gelak kan aku lagi sekali...patut la sepul suh aku install AES location detector..rupanye dlm play store tu ada..



ni pic pertama ada dlm instagram aku...

2nd pic...hasil seni insan dlm pic pertama  tu..
kretip kan my anak..

3rd pic....semangat bukak mulut luas2 nak mkn durian
hakikat nye hanya mereka yg ada di situ sahaja yg tau..


Wednesday, November 14, 2012

****LAGILAGICITEPASALANAK****




 layan gambar jelah..idea mengarang tak berapa nak menyerlah hari ni..
nampak mcm tekun je mewarna..

tapi nak warna monyet sekor pun mkn 2 or 3 hari..
banyak becakap dari buat kerja..
harap2 bile skolah nnt boleh la dgr ckp cikgu, bukan cikgu yg kene dgr ckp die
golek-golek,guling-guling tapi tak siap gak..
sambung mlm nnt..
stress ibu ngadap anak sorg..

selingan..
sedih n kesian tgk anak kene teman ibu keje mlm..
klu bos2 bsr tgk ni mesti buat budget utk sediakan tempat rehat utk ank2 yg kene teman ibu g keje..
tapi jgn tertipu..lakonan semata2..budak ni tak tido pun..acting je lebih..
opis aku sgt2 selasa kepada peneman2 utk tido sampai ke pagi..
xleh cite lebih2 sbb P&C..



so,sekian bersiaran dari opis
##marisambungkerja##