iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Wednesday, March 27, 2013

TERABAI....


Kali ni nak story bukan anak yanag terabai,tapi ibu n ayah yang terabai.....bila anak asik ngadap tab je,ibu n ayah pun dah tak dipeduli kan lagi..habis cerita karak tgk upin ipin pulak. setel upin ipin,main game...senyap sunyi je rumah.selalunya suara dia je yang dengar...sampai ibu bagi tau nak merajuk pun anak boleh jawab 'merajuk lah,tak heran pun....' selalunya klu ibu cakap nak merajuk mesti cepat2 anak berlari kejar ibu.nak pujuk ibu. ibu n ayah ajak melepak minum kopi pun dah tak nak..'tak pe saya berani tinggal sorang kat umah ni...'ohhhh anak......


bukan main sombong lagi...
xnak bergambar konon

siap tutup2 muka.
patu kangkang luas2 nak protes lah tu
ibu pun cubit bunga die..
rasakan....buat mcm tu tak sopan...harus kene hukuman


curi2 amik gambar dari belakang..

bile dah keletihan
minum susu n tertido atas sofa

ayanh pulak take over..
main game....
aku? memang tak berminat dgn game ni..
klu nak main game pun game yg budak2 main je

tekun betul...
klu baca kitab kan lagi bagus

tu die...game yang paling aku tak suka
aku memang tak suka ape jugak jenis game yang racing2 ni
buat berdebar2 hati aku je..
ops!!!! tab kaler merah tu memang kaler aku la
aku ni memang pantang tgk kaler merah

Friday, March 22, 2013

DELISHA DENGAN SCOOTER PRINCESS NYA






scooter pink---princess
pink tu kaler pempuan...
klu perempuan mesti kaler pink.....
trend kat malaysia ni kot...

sebab baru....so SAYANG sangat lah tu..
ayah beli untuk delisha..
kene cakap HADIAH baru die suka n teruja...
tapi jenis mak bapak kan x sentimentel..
xde la nak balut2...bwk terus g kedai pilih sama2..

inspection by ayah dulu sebelum naik
ayah kene pastikan anaknye selamat..
kalau ibu,kat sebelum beli dah buat inspection

vroommmm....
ibu kan guna kemre npon je..
npon pulak cap so..so je....
demikian lah hasilnya....

ranggi gile naik scooter pakai baju kurung kedah


anak suka,ibu gembira,ayah teruja..
hahaha....


start tension asik nak amik gambar je...

sebenarnye bila dah jadi mak-mak n bapak-bapak ni lain macam sikit...over tu lebih dari anak.anak tak tau pun nak mintak itu ini.tapi mak bapak yang pepandai tunjuk itu ini....nanti bila anak dah pandai mintak itu ini mak bapak marah kat anak pulak..tapi sebenarnya sapa yang ajar anak tu jadi sedemikian rupa??? 

renung-renungkan dan selamat berfikir......






Tuesday, March 12, 2013

Rahsia Simbol Titik Merah Pada Bungkusan Coklat....



dapat email dari salah sorang kawan... so aku rasa patut kita share sesama kita terutama yang beragama islam...





Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas ba...r coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. 
Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang. TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T



Monday, March 11, 2013

PASAL MAKANAN LAGI???

 
 
Jangan pelik sebab hari ni aku asik cerita bab makanan je..dah jadi macam pencinta makanan tegar dah..bukan aku tak cinta makanan.aku klu bab makan is makan.no time to take gambar2 ni. dah lupa nak buat benda lain melainkan nak makan aje bila makanan dah ada depan mata.
 
semalam entah kenapa aku rajin plak nak mengabadikan gambar makanan ni semua. ooo maybe sebab tak ada yang mengganggu kat dapur.delisha n ayah dah tertido depan tv..klu tak mesti masing2 ada part masing2 yang mengganggu ketenteraman aku kat dapur.
 
hari2 mesti asik fikir nak masak ape...semalam dah ikan.hari ni ayam lah pulak. kita masak sup ayam,kacang buncis goreng n sambal gesek (nogori punya sambal).capai kunci kereta n takan minyak kuat2 g beli sayur n daun sup.yang lain2 semua dah ada.
 
bila masak lauk ni teringat kat my sahabat...masa bujang2 dulu klu pergi rumah bujang die mesti dia masak benda2 ni.klu tak masak pun aku yang request.. terangkat beb!!! so sambil masak sambil terkenang zaman kite org muda belia..memang seronok..
 
korang tau ape itu sambal gesek? klu tak tau boleh terus membaca n tengok gambar2 kat bawah. sape nak try pun boleh.
 
 
 
 
kacang buncis..
aku dah insaf,xmau membazir.
masak sikit je...dpt sepiring kecik n cukup untuk 2 org mkn sampai mlm
 
sup ayam + kerrot + kentang + tomato
 
 
tabur bawang goreng n daun sup + daun bawang
jangan tanya kenapa daun sup & bawang aku potong panjang2
jawapan nya.senang aku nak asingkan supaya aku tak termakan.
 
 
cara-cara nak buat sambal gesek...
cili + garam halus
tumbuk sampai lumat.klu tumbuk cili dgn garam sekali
xde lah cili tu melompat masuk dlm mata korang
pastu cili pun cepat hancur

sila guna lesung batu ok....
tu ciri2 lesung batu org rajin masak..
bukan kotor ye...hahaha ayat  kaver

kupas ikan bilis n cuci bersih
bila cili dah lumat,boleh la masuk kan ikan bilis pulak
tumbuk kasi pecah2 sikit,jgn sampai hancur macam cili pulak
pastu perah lumau kasturi.ikut tekak la nak masam mcm mane.

macam ni lah hasil nya.
rasa nye = pedas + masin + masam

 

tu dia menu hari minggu..
tak payah nak tggu berhidang baru amik gambar.
kita amik je gambar dengan periuk2 sekali.
atas dapur gas lagi.
mudah n selamat..
 
 
makan berkonsepkan senduk n cedok sendiri-sendiri. amik banyak mana yang korang nak mengikut perut masing2.tak perlu berhidang2 kalau setakat makan berdua. lepas tu mari makan berjemaah depan tv & jangan lupa basuh pinggan masing2. setel.
 
 
 
PERUT KENYANG HATI SENANG

PANCAKE untuk sarapan hari minggu




Wah macam chef pulak aku kali ni..asik n3 masak memasak je..ni pun hasil meng'google' jugak..sekali sekala apa salah nye kita cuba makanan yang lain untuk sarapan.tambah pulak kalau hujung minggu..masak sendiri lagi puas hati. aku pulak macam diktetor...PAKSA makan sampai habis ape yang aku masak..dan xde org lain lagi yang menjadi mangsa aku melainkan Mr.Suami tercinta..aka sepul.....die lah yang TERPAKSA habiskan segala macam yang aku masak. sedap or tak aku tak peduli.yang penting jangan membazir,terutama membazir kudrat n usaha aku memasak. so tak hairan lah kenapa si sepul tu semakin membulat...ni lah rahsianya...bukan dapat isteri yang pandai masak.tapi dapat isteri MEMAKSA habiskan ape yang dimasak...hahahaha....gelak dengan angkuhnya ala2 action kamen!!!


bila dah ada gelembung2 kecik macam ni
boleh lah kita terbalikkan die

siap!!!!
sedia untuk dimakan

buat teh kow2
pastu sapu butter n madu..
makan sambil tengok tv...
santai di hujung minggu bersama family...


share resepi...

1 biji telur saiz A
1/4 cwn gula
3/4 cwn susu segar/ susu cair
1 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam
1 sudu besar butter dicairkan

cara-cara

1. pukul telur dan gula hingga kembang.masukkan susu
2. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan garam.kacau sebati bersama butter.
3. panaskan kuani non-stik dan sedikit minyak
4.apabila timbul buih2 kecil di permukana (spt gambar di atas) boleh lah balikkan.
5. angkat dan hidangkan

*1 adunan dapat 6 keping pancake (guna senduk kecil)



KEK KUKUS COKLAT MOIST




minggu lepas minggu mood rajin ke dapur.kalau mood rajin dah sampai ni rasanya dari pagi sampai malam aku nak dok dapur xnak kluar2...

pagi2 buta lagi jiwa meronta2 nak cuba masak kek kukus ni...tapi kena sabarkan hati sebab bahan2 pun ada kat kedai..so bawak bertenang tunggu sampai kedai bukak n baru boleh memecut laju ke kedai.sementara tu boleh la kemas2 rumah n mendobi...

sementara pengukus yg aku beli tu berkilat n aku pun suke tgk kukus tu, boleh la aku guna kan...masak ape yang boleh dimasak.nanti sampai lah satu tahap aku dah meluat dgn kukus tu, masa tu aku pun buat2 tak nampak je..say no to kukus....

hasil meng'google' resepi KEK KUKUS COKLAT MOIST ni lah hasil nya...tapi resepi ni perlu di ubah suai sikit untuk rasa yang lebih umphhhh.....



fresh dari periuk kukus


dah siap topping...
tapi kek dah terlebih tuang...
topping pun pekat.kalau cair mest lagi moist...


kasi potong sikit kek tu....

cubaan pertama.....
insyaa allah cubaan kali kedua akan tebih mantop!!!


mari kita share resepi nye....

1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn butter
*campurkan bahan-bahan di atas dan masak sebati.biarkan suam

bahan tepung
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*ayak bersama

3 biji telur saiz A
1 sudu teh asen vanila

cara-cara

1. pukul telur hingga kembang.
2. masukkan adunan koko yang telah suam dedalam adunan telur.kacau hingga sebati.
3. masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.kacau hingga sebati.
4. panaskan periuk kukus.sapulan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan.
5. masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukus selama 45 minit dengan api sederhana.

bahan topping

3/4 cwn serbuk koko
5 susu makan susu pekat manis
1/2 susu makan shortening
2 cwn air panas.

*masak semua bahan tersebut.kacau hingga sebati menggunakan api kecil.masak sehingga agak likat. dan tuangkan ke dalam kek yang telah siap di kukus.

** kalau loyang saiz 20cm boleh dpt 2 
**kalau nak kek lebih gelap boleh campurkan coklat emulco dan kurangkan kuantiti serbuk koko.





Wednesday, March 6, 2013

PIC TERGEDIK DUA BARANAK



biarlah gambar menceritakan segala nye..
hanya untuk terapi minda n mata..
xpayah pening2 membaca 

motif:  kami ada baju sama...






















































dah penat menggedik ibu tunjuk bakat seni pulak..
juling bijik mate....seni lah sangat




Monday, March 4, 2013

CUTI DI BAYOU LAGOON PARK RESORT


percutian kami bersahabat (mila,ika,yani & aishah) & family kali ni dekat je n dah tentu nya dlm negara.. pilihan kami kali ni adalah MELAKA. tukang perah otak ialah ika, master planer nye..aku n lain2 ikut kan aje. kalau dah ramai2 ni xboleh banyak kepala. nanti ape pun xjadi. so kite sarah kan pada yang pakar.

cuti kali ni bukan nak g melawat tempat2 menarik pun. kali ni semua dah setuju nak habis kan waktu bersama family mandi manda & makan2 je. 

sampai melaka kita jumpa kat menara taming sari. lepas semua dah sampai naik la menara taming sari, pastu lunch kat area situ jugak n pecut laju2  nak check in hotel..BAYOU LAGOON PART RESORT pilihan kami sebab kat situ yang paling sesuai untuk bermandi manda n tak banyak songeh suh pakai baju mandi. ko pakai tshirt n sluar trek  bodoh pun dah boleh terjun.janji ko pakai la wristband yang die org bagi masa check in tu.

hotel ni pun baru je lagi. sedang dlm pembinaan lagi.tapi dah boleh la duduk. ada lagi bangunan hotel n kolam2 yang belum siap.tapi tu semua tak ganggu pun keselesaan kita. hotel style apartment. ada dua bilik.

gambar sikit2 je.maklum lah aku ni suka bergambar n xsuka mengambil gambar. so layan mano nan hado yolah.



singgah R&R Air keroh makan pagi sulu..


muka cuak  tapi kontrol cun
naik menara taming sari..

bilik die.comel n kecik je..
sesuai utk percutian small family yg anak ada sorang mcm kami semua ni.


kalau nak solat sila tutup pintu n kunci
sebab ruang adalah terhad.

tempat mandi

toilet

tu pintu masuk
macam tulah susunan bilik ni.
kecil n comel


ruang tamu ni mengadap pintu masuk tadi.

time to terjun kolam
anak dah tak boleh sabar
ibu plak kaki over



pilih kawasan mana nak jadi port kite org

ha tengok tu...
dah tak layan bila suruh amik gambar.
berdesup lari...
lagi dua family lambat turun..

best sikit nak mandi manda sebab ada gelonsor..
org lain pun tak turun lagi...
mandi manda kan tujuan utama percutian kami kali ni
so jangan berlengah lagi

panas terik..
redah je....nasib baik ada tempat yang terindung dgn bayang2 bangunan

tempat mandi manda budak2

mak n bapak budak boleh mandi kat sini..
aku???? mesti lah try semua golonsor tu..
round pertama ibu test semua mainan,ayah jaga anak
lepas ibu dah puas baru ayah boleh try pulak

delisha n alif..
tembak ayah!!!!!

tak pasal-pasal kena beli pelampun lengan ni
beli kat org belakang tu..
ni lah yang paling murah RM6


pusing jangan tak pusing

delisha dengan zahra..
time to makan..muara sungai duyong
amboi delisha bukan main kerek lagi muka die..
bertambah pulak org meluat ngn die nanti
jangan sampai ada persatuan 'anti-delisha' dah la

sori gambar makan tak de..aku klu bab makan ni memang xde masa nak amik2 gambar ni. makan is makan..
nanti kalau dapat gambar g makan boleh aku cerita n komen sikit.tapi nak cakap makan kat situ tak lah seGAH mane pun...xde la ko makan sampai boleh angau nak lauk die..

esok tu pkul 8.30 dah turun breakfast. sebab die org semua ada progam lain n kena balik awal..aku plan nak  jalan2 bawak delisha kat bandar melaka.tapi baru je turun nak beli2 barang sikit dah buat hal..beli mana sempat je n balik la rumah..

amboi....merah nye makngah..
ko mampu tenyeh lipstik tak payah tengok cermin???
budak ni mampu!!!!

over ibu dah turun ke anak...
anak ibu lah kata kan..


sekian coretan cuti kami bersahabat ke MELAKA..(tapi yang ada gambar aku je)hahaha...
nantilah klu ada sumber2 gambar dari mane2 aku tepek la dlm n3 lain..