iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, September 27, 2013

Al-fatihah untuk arwah abah aka FIL

pic raya tiga tahun lepas.
masa ni delisha baru setahun


ajal dan maut tu semua ketentuan dari Allah swt. tak kan cepat n tak kan lambat walau sesaat pun. yang hidup pasti akan mati. yang sakit tak semestinya akan mengadap penciptaNya dahulu dari yang sihat. Allah swt dah ada perancangan yang baik untuk setiap hambaNya.

tanggal 15 sept 2013 abah dah pergi buat selama-lamanya. mengadap penciptanya. semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. hampir 5tahun menjadi menantu arwah abah. abah memang baik. aku tak rasa yang aku menantu dalam keluarga ni. berada dalm keluarga ni buat aku cukup rasa selesa n gembira. tak pernah sekali pun rasa berat hati bila nak balik kampung ni. sama macam perasaan nak balik kampung sendiri.

sebelum ni kalau tau family kecik aku nak balik kampung abah akan sediakan kopi n siapkan tempat tido.
tilam dah siap terbentang kat ruang tamu. sbb aku memang tak nak tido dlm bilik.malas nak naik tangga. ape je aku masak mesti abah akan makan walaupun sikit n walaupun tak sedap. pagi2 lagi abah mesti siap2 nak belikan sarapan untuk anak2,menantu n cucu.

perginya arwah abah buatkan aku pun turut sama rasa kesedihan dan kehilangan. kalau 30 tahun dulu tarikh ni mak n abah gembira sebab dapat anak kedua a.k.a mr suami aku..tahun ni kami semua terkejut n sedih sebab kehilangan abah. 

semoga mak terus tabah meneruskan kehidupan. mak n abah saling melengkapi. bile abah dah takde mesti rasa satu kehilangan yang besar. takde lagi tempat bermanja,berkongsi kasih n berkongsi suka n duka.

dua peristiwa dalam satu tarikh 15 september. bile ingat besday mr suami maka terigatlah jugak hari abah pergi mangadap penciptanya.

Al-fatihah untuk arwah abah Ibrahim Bin Yahya 

Thursday, September 5, 2013

kembali bersiaran buat seketika

jumpa lagi semua..
lama sgt tak update blog ni. dah jammed..bukan jammed sebab terlalu sibuk mengupdate or ramai baca blog.tapi jam sebab dah berkarat.

mood nak berkarya tu tak mari. bukan nye lah bz sampai tak de masa nak menaip. byk perkara yang jadi.
mak aku xsihat,kene operate,masuk ICU n sekarang alhamdulillah dah sihat. saat2 yang sgt mencemaskan. fikiran kusut.ayah aku pulak sememangnye xsihat.

lepas tu dah puasa n sibuk nak raya. sekarang ni aku pulak sibuk nak kene tukar ofis lain.entah kemana pun xtau..isnin ni (9/9/2013) tunggu jatuh hukum kemane tercampak nye..dlm pada sibuk nak kene pindah, lagi kecoh nak update segala mcm file nak internal audit ikut spec ISO... kene check elok2 biar file yang kite jaga tu sentiasa up to date.makne nye keje kene sentiasa buat. bukan satahun sekali baru nak buka file.

so,setakat ni je dulu..

kembali bersiaran bila dah dapat perkhabaran baru kat mane ofis baru aku nanti.