iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, July 30, 2010

PERKEMBANGAN BAYI PADA USIA 11 BULAN

Berdikari secara fizikal
 Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum hari jadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.
Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.



Buku untuk si pembaca kecil

Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.



Membentuk peribadinya sendiri
 Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.



Tiba masanya untuk menetapkan batasan
 Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan “tak boleh.” (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.
Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, “Jangan, itu menyakitkan kucing.” Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.


Bercakap tak terhingga
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.
Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.
Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Thursday, July 29, 2010

WAJAH INILAH YANG.........


WAJAH INILAH YANG........

MEMBAKAR SEMANGAT UNTUK IBU N AYAH BEKERJA

MENGHILANG N MENGHAPUSKAN SEGALA KELETIHAN IBU

MENGERATKAN KASIH SAYANG IBU N AYAH

SENTIASA MEMBUAT HIDUP IBU CERIA N BERMAKNA

MEMBUAT AKU DAPAT MERASA TULUSNYA HATI SEORANG IBU

MEMBUAT AKU MERASA NIKMATNYA MENJADI SEORANG IBU


kepada NURDELISHA SOFIA BINTI SAIFUL ADHA....

Walaupun manje ibu kecik lagi n tak paham ape yang ibu cuba katakan, tapi ketahuilah wahai anakku bahawa ibu akan sentisa berada di sisi manje ibu, akan tetap menyayangi manje ibu walau ape jua keadaan, akan tetap berusaha membahagia n menggembirakan manje ibu..
Semoga Allah akan sentiasa melimpahkan rahmat n kebarkatan kepada kita sekeluarga...

Aku XCdent!!!!!

nak tanggalkan bhgn yg terkopak

nasib baik ada Mr.Eng ada cutter nak potong keping kete ni...

ni rupa asal kete sblm kejadian

Petang semalam ( 29 julai 2010) masa nak kuar dari pagar opis aku, si kancil putih ni terlanggar pak kete sorang uncle cina...kete die toyota rush...apa lagi kancil langgar rush teruk lah si kancil...tapi Syukur Alhamdulillah kami semua tak ape2...untuk pengetahuan semua bukan aku yg drive kancil ni...mcm biasa lah Mr. suami slalu anta n amik aku keje...
kancil putuih ni lah satu2nya kendaraan yg kami ada....so mcm mana nak g keje klu kete msuk wad? ada sesapa yang bermurah hati nak bagi aku pinjam keta die??????hehehe....
duit.....duit.....terbang melayang2. nak report pun aku dah nampak brp helai duit yg melayang....
tak lupa gak nak ucap bebanyak TQ pada adik2 guard n rakan2 di TM bandar tun razak yg membantu n bertanya kabar..
pic ln xsmpt la nak snap...krg mcm reporter lak aku bz snap gambar padahal aku yg accident...lg pun aku tkut tgh sbuk2 snap pic aku plak yg kene sondol ngn kete...selamat plak nyawa aku...

Monday, July 26, 2010

kenduri di putrajaya

kami sekeluarga.....

manje ibu dah besar

jambol yg mahal tu....

mcm biasa time mkn kene dok ngn ayah cz ibu nak melantak dulu...

gambar ni masa g kenduri kawin tapi jgn tanya mana gambar pengantin.....gambar pengantin tu tak penting,yg penting gambar aku!!!!
kerana aku dah semakin dewasa n matang so ni bukan kenduri kawin aku....yg aku kenal mak n ayah pengantin cz aku slalu mkn kat kedai die org....
ape pun selamat pengantin baru kepada si pengantin n selamat mendapat menantu kepada pak tam n mak tam...

SiaN MaNje Ibu Demam Lagi...Nak BeSaR...





last week balik rompin...mcm biasa delisha pun demam la lagi....tak tahan kene aircond kot...maklum lah manje ibu ni berjiwa kampung sama ngn ibu...dari langat ke Rompin amik masa 4-5 jam ikut keadaan cuaca la...tapi kali ni demam manje ibu ni teruk dari yg sebelum ni...panas!!!!! kesian sgt... aku plak dah sussah hati kot jd  ape2 plak...tgk menje ibu lembek tak bermaya aku tertambah susah hati. Susu n mkn pun tak nak. tido pun tak nak...dah nengis sampai lembek satu bdn baru die tido...keadaan ni lah mmg menguji keimanan n kesabaran hati seorang ibu....
on the way dari rompin ke kl manje ibu dah meragam dlm kete...serba tek kena...cari klinik pun xde...sume dah tutup...kwsn kampung mane ada klinik bukak 24 jam...tmbh plak hari minggu...so mintak kat Mr. suami blk kg aku je dulu..esok baru g klinik. kat klinik kene masuk ubat kat buntut baru ok cikit panas nye...

Friday, July 23, 2010

KANGKUNG!!!!!

CITE NI BUKAN AKU YANG KARANG.NI EMAIL YANG AKU DPT DARI SEORANG SAHABAT SEPERJUANGAN AKU



ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG? Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.




Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.



Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,



kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.



Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.



Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.



Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.



Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.



Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.



Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.



Best Regards,



Dr. Nor ni Abdullah,

Psychiatrist,

Hospital Tengku Ampuan Rahimah,

42500 Klang,

Selangor.

Tel : +60333756279

Fax : +60333729089

Wednesday, July 21, 2010

iBu SaYYYYYYaNg aDiK!!!!!

Manje ibu dpt rasa tak aura kasih sayang ibu????

Kasih syg ibu kat manje tak dpt nak di ungkap dgn kata2...


love u so much my manje!!!!!