iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, February 17, 2012

myMetro | Rahsia pilih tudung terbaik

myMetro Rahsia pilih tudung terbaik

PEMILIHAN tudung perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya jenis, warna, saiz dan corak kain serta bentuk muka individu terbabit selain gaya pemakaian.
Ikuti beberapa tip ringkas untuk membuat pemilihan serta pemakaian tudung supaya tampil lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya.

  • Pilih tudung daripada kain yang bersesuaian antaranya kain kapas kerana ia mampu memberikan keselesaan maksimum dan menyerap peluh.

  • Gunakan tudung yang memiliki pola, rekaan dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka agar tidak mengganggu aktiviti seharian.



  • Jika memilih untuk mengenakan tudung bercorak ataupun abstrak, padankan dengan busana polos ataupun kurang corak agar tidak kelihatan keterlaluan gayanya.


  • Begitu juga sebaliknya, jika memilih untuk mengenakan pakaian bercorak ataupun berbunga sarat, padankan dengan pemilihan tudung yang memiliki warna paling sedikit pada pakaian agar kelihatan seimbang.

  • Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilih tudung polos yang berwarna cerah untuk digayakan.

  • Selain itu, elakkan diri daripada memakai tudung yang berwarna gelap atau kusam bagi mengelakkan anda kelihatan lebih berusia.

  • Bagi mereka yang memiliki bentuk wajah bulat, pilih tudung yang memiliki corak kecil dan tidak penuh bagi mengelakkan wajah kelihatan terlalu penuh dan tidak terurus.

  • Mereka yang berkulit cerah pula tidak digalakkan memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.

  • Untuk mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat, perlu mengelakkan pemakaian tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  • No comments:

    Post a Comment