iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, January 18, 2013

MURAH HATI DERMA SUSU BADAN..



pix_topright



Menarik perhatian aku hari ni berita kat harian metro. murah hati bukan derma harta benda or wang ringgit aje. 

Cerita bab susu badan ni aku teringat pengalaman singkat aku menyusukan Delisha. bila aku fikir-fikir semula terasa bersalah pulak sebab dulu aku tak bersungguh-sungguh menyusukan die. Anak sulung.pengalaman dan kesedaran pun kurang. Aku rasa tak sampai dua bulan pun aku susu kan Delisha. tak ingat berapa lama je aku susukan die.yg aku tau bila aku dah start kerja tu Delisha dah minum susu formula sepenuh nye... maaf kan ibu sayang...andai masa boleh diundur, Insyaa Allah ibu akan sedaya upaya menyusukan adik selama mana yg termampu. Aku pun bukan jenis yg banyak susu.. tapi zaman sekarang ni ape yang mustahil??? ada 1001 cara kalau kita usaha..

Sekarang ni berkobar-kobar nak beranak tambah anak lagi sebab aku berazam nak menyusukan anak sampai lah dua tahun. cukup untuk tampung keperluan anak sendiri pun sudah cukup memadai.. kalau Allah bagi rezeki lebih mcm kes di harian metro ni lagi syukur alhamdulillah.. tak ramai yang berfikiran mcm ibu tersebut.. tambah-tambah dlm masyarakat melayu kite sekarang ni..amalan ibu susuan ni dah menjadi kelaziman masyarakat arab..tapi mungkin jarang-jarang terjadi dalam masyarakat kita.

Pesanan aku kepada diri sendiri dan ibu-ibu sekalian, marilah sama-sama kita berusaha susui anak kita dengan susu ibu..

meh nak cerita sikit pasal susu ibu ni..
p/s : To Karmila binti mohd shrif (aku lah tu) sila baca dan ingat selalu..

Kebaikan susu ibu kepada bayi:
1. Makanan terbaik untuk bayi . Mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
2. Menagndungi zat khusus untuk perkembangan otak
3. Susu pertama (kolustrum) kaya dangan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
4. Megurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman

Kebaikan susu ibu keapda ibu/kelauarga:
1. Megeratkan kasih sayang
2. Membantu mengecutkan rahim dan megelakkan tumpah darah selepas bersalin
3. Mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya merupakan kaedah untuk menjarakkan kelahhiran.
5. Ekonomikal.

sekian

publish.

No comments:

Post a Comment