iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Wednesday, February 27, 2013

APAM POLKADOT CUBAAN PERTAMA



malam tadi hati ni dah tak sabar lagi nak teruskan hasrat yang dah tergendala dek kerana hujung minggu lepas kene g kursus kat taiping..cerita bab kursus tu nanti dulu.sekarang ni nak cerita bab buat apam polkadot.apam polkadot kosong je..no filling...lupa nak beli sebenar nye.

orang macam aku ni memang jarang sgt2 buat kuih. tapi bila aku dah kata nak buat tu aku MESTI buat jugak. ape yang aku ada nak buat kuih ni????? semua barang tak de.kat rumah tu ada pinggan mangkuk,periuk n kuali je untuk masak makanan harian.pekakas buat kuih??? sure lagi pasti tak ada. makna nye aku memang kene keluarkan modal.cake mixer,pengukus,loyang, acuan kuih lompang n sudu nak sukat baking powder ni semua sagar dari kedai..tengok pun dah tau.berkilat lagi.bahan2 jangan pertikai kan lah. habis aku borong kat kedai bahan2 buat kek..



tapi pewarna ni memang dah ada.sebab balance buat kuih raya thn lepas.
tengok expired date die xsampai lagi, boleh la guna

seni lah sangat dot-dot tu...
menggigil2 nak mengedot.

tadaaaa.........
versi dah siap dimasak n ready di makan

koyak sikit....
mcm ni lah rupanya..
OK or KO aku pun tak tau
aku kira OK lah tu...
cubaan pertama

ada dua kaler je..

dah sejuk,masuk dlm bekas bertutup..
esok paksa delisha n makcu bwk bekal.
aku???? memang tak la..
sebab aku bukan peminat kuih muih ni..

tu...pengukus baru yg comel..24cm kot
 siap ada tanda harga lagi..
saje je tutup tanda harga tu...
nak tau harga? PM me
hahaha...mcm nak buat sale plak

ni penyudah nya..
setel buat kuih aku rebus meggi bodoh2 style..

nak resepi???

meh aku bagi..ni pun hasil google aku...

BAHAN-BAHAN
140g tepung gamdum
1 1/2 sudu teh baking powder
110g gula halus
75ml susu segar/susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovellete
1/2 sudu asen vanila/perisa
pewarna
35 keping magkuk kertas

CARA-CARA
1. pukul telur dan gula halus hingga kembang.
2. masukkan tepung gandum & baking powder yang telah diayak berselang seli dgn susu segar
3. masukkan ovellete dan perisa vanila. putar sehingga kembang dan gebu
4. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. masukkan setiap warna ke dalam piping beg.
6. picit adunan kedalam mangkuk kertas dan dot-dotkan 
7. kukus selama 10-15 minit

*jangan gunakan api besar semasa mengukus
*balut tudung pengukus dengan kain bersih seperti dalam gambar

ok siap..

selamat mencuba....





No comments:

Post a Comment