iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Thursday, November 14, 2013

TAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2013



Semalam 13/11/2013 tamatlah sesi persekolahan Delihsa untuk tahun 2013 ni. sekolah die cuti awal 2 hari dari sekolah lain sekali tutup terus untuk tahun2 yang akan datang. atas sebab2 tertentu bangunan tersebut perlu dipulangkan kerana ada penyewa baru. sekolah Delisha ni rumah kedai tingkat atas. tingkat bawah tu dah disewa nak buat kedai hardware..setakat tu je yang aku tahu. lebih kurang macam tu lah cerita nye. cerita sebenar yang lebih tepat tak pulak aku tau. tu pun aku dah kira rajin la nak tanya kat cikgu.

sebenarnya aku pun tak tau yang sekolah ni cuti awal. yang aku tau Delisha bagi tau cikgu die nak bagi beg baru. tak sempatlah aku nak bagi hadiah kat cikgu2 Delisha. xde rezeki lah nampaknye.




bergambar dengan beg baru
dalam tu ada la pencil box dgn botol air..
pastu ada roti ngn air kotak 

mlm tu ikut ibu g ngaji.
thn dpn dah nak hantar die blajar mengaji
skrg ni ikut2 ibu dulu.
ngaji la iqra' sikit ngn ustazah
balik mintak susu n terus tertido kat bilik ibu.

dua tiga hari ni mood rajin nak solat.
dah 3 hari solat subuh.sebab mood nak mandi dulu sebelum ibu n ayah.
pukul 6 dah mandi n solat pastu baru minum susu.
tapi kiblat die konsep TAWAKAL
tawakal mcm mane sejadah terbentang
die bentang sejadah pastu kat mane arah sejadah tu,itulah kiblat die.
klu aku betul kan die marah.



No comments:

Post a Comment