iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, July 2, 2010

PERKEMBANGAN BAYI PADA USIA 10 BULAN

sila abai kan gambar penyokong setia delisha kat tepi tu...


Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.


Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.


Personaliti yang berkembang
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.


Menangani ketakutan bayi anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.


Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

Aku LaH ORaNGnYe!!!!

aku lah org nye yang menulis blm blog ni...ni lah wajah terkini yang baru di ambil beberapa minit sebelum di upload dlm blog ni...sungguh comot..muke kenyang cz baru lepas mkn..lps ni boleh berehat n tido cz hari ni org g smyg Jumaat...aku keje sorg.nampak gemuk tak aku skrg ni?muke kembang!

MaKaN JaJaN....



Ibu bangga cz anak ibu dah pandai mkn jajan...
ibu suke tgk bile anak ibu comot cz mkn jajan...
rasa bangga cz ank ibu dah semakin cerdik...

Alhamdulillah hutang puasa dah setel


Syukur kehadrat Ilahi kerana dgn keizinan nye aku telah pun selamat menggantikan puasa aku tahun lepas sebanyak 30hari (kerana aku bersalin) dan 6 hari tahun sebelum nye (kerana tak sempat ganti cz aku kawin time raya n sebulan lepas majlis aku disahkan mengandung)so tak sempat lah nak ganti...
menunya hanya lah nasi goreng yg di goreng sendiri sahaja...malas nak msk cz dgr cite Mr sepul on diet... aku pun dgn bendulnye msk sepinggan utk aku je...hehehe...rupanya die pun lpr gak...tulah sape suruh eksen ngn aku...aku pun satu lurus bendul tak tentu tempat...so kene bg lah die sikit...nsb Mr sepul dpt bini berhati mulia ni...klu tak.......hehehe..

Wednesday, June 30, 2010

ToLoNG.....akU MaSiH LaPaR!!!!!!!

1 perisa jagung, 1 perisa vanila

lauk daging (tak tau masak ape) n bendi goreng

Alhamdulillah.... ni lah rezeki aku hari ni.....
tapi aku masih rasa lapar lagi....roti perisa vanila dah selamat bersemadi dlm perut aku.
nasik pun dah setel...tapi x mampu nak habiskan cz sayur die tak sedap...hidung aku dpt menghidu bau udang kertas yg dicampurkan sbg perencah...bau mmg tidak menyenangkan hidung lalu mematikan selara aku..so aku kene simpan satu lagi roti yg sedap ni utk aku mkn time aku tgk cite she wolf nnt...
oklah...cau cin cau.....she wolf dah nak start...

Tuesday, June 29, 2010

TaHNiaH MaNjE IbU DaH PaNDai BerdiRi

kaki kene kangkang ckit baru boleh imbang bdn


dada n buntut kene lentik baru ada gaye....

tahniah manje ibu...

ni lah rupa Delisha mencecah umur 10 bulan


Wah akhirnya manje ibu berjaya jugak berdiri sendiri.sekarang ni manje ibu bz asik praktis berdiri je... tak lama lagi boleh la berjalan. boleh la ibu heret manje ibu pagi2 g umah pengasuh..tak payah lah nak dukung2 lagi...





GiLa SteRiNg




Ni lah masalah nye klu budak2 sekarang yg membesar dlm kete je...kecik2 lagi dah pandai nak pegang stering...bkn main eksen dah dpt pegang stering tu...