Hampir berjalan
Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).
Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)
Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.
Kasut? Belum lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
Bermain dan belajar
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.
Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.
Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
Menangani pemisahan
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.
Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.
Cuba untuk membuat perjalanan
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.
Pemahaman bahasa
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)
Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.
Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.
Blog ni adalah sabahagian catatan perjalanan hidup kami sekeluarga.mohon maaf andai ada hati yg terguris dgn catatan ini coz xde niat utk mengguris hati sesapa.semua kebaikan dtg nya dari Allah SWT dan kelemahan serta keburukan dtg nya dari diri sendiri.
iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku
Monday, May 31, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Ilmu Untuk Semua
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Monday, May 24, 2010
MeNu Di HaRi SaBtu
telor dadar tanpa haisan...aku mmg sememangnye malas
Sambal udang kene pancung kepala...
ops! takde sayur ke?......
ada tapi aku xsnap gambar...tak sempat cz manje ibu dah bgn....
pukul 11 pagi aku dah siap masak..maklum lah pukul 5 pagi dah bgn...(rasa mcm bibik plak)hehehe...
kebetulan manje ibu mcm phm2 je ibu bertugas jd bibik hari ni...cuaca plak mendung je,so si manje pun tak lepas peluang sambung tido...peluang jugak lah bg ibu jln kan tugas dgn jaya nye...
HujuNg MinGGu YanG MeMeNaTkaN
Punya lah semangat aku nak buat kerja2 yang dah tertangguh selama 3 minggu, pukul 5 pagi aku dah bgn... tapi hari tu cuaca tak berapa sesuai untuk aku mendobi..sesuai untuk sesiapa yang nak berehat lebih.. pagi2 lagi hujan dah turun. so, tak kering lah baju2 aku hari tu.kerja2 lain sume setel...
ni lah hasil pd keesokkan harinya..
longgokkan pertama....baju si manje yg x kurang hebat banyak nye...
longgokkan ke2 baju2 aku n si suami...tinggi menggunung
ni pembantu yang xdi ingini...wat bertambah keje aku je....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hasil longgokkan pertama
hasil longgokkan ke2
Sebenarnya ada lagi yg xsempat kering. Towel n selimut x sempat kering...klu tak lg bertambah longgokkan...Tapi baju2 ni bukan lah 3 minggu punya stok...seminggu je...klu tiga minggu alamat xde bju lah nak pakai..aku tido plak ats longgok baju2 tu nnt.
kerja2 yg lain tu xdpt lah nak snap gambarnye...nnt xjadi keje lak.tu dah dikira berposing plak...
Friday, May 21, 2010
Hulu langat- kuala rompin- JB - kuala rompin- Hulu langat
ni lah kawan Delisha kat Johor
Petang Sabtu g JB lak anta adik ipar aku. kat sane dok umah busu (makcik sebelah sepul) sampai sana jadual memang padat. mula2 aku plan nak g umah ros tapi x sempat lah..sori lah byk2 ye puan roznifa bt Ali mungkin tak de rezeki lagi nak jumpa ko.. malam pun merayap gak. g pasar borong pandan city.tapi tak habis rayap pun.kawasan luas lagi pun hari dah malam. manje ibu pun dah tido. aku pun lupa nak snap gambar cz bz menyerbey brg2 yang ada kat sana tapi xbeli ape pun.xde ape2 yang menarik pun kat sana pada aku lah.
Hari berikutnya (ahad) g lah plaza angsana cz si suami nak bli kasut kerja die yang dah koyak..sian si suami g keje pakai lah kasut koyak...huhuhu...dah azab sgt kasut tu...malang nye aku lupe gak nak snap gmbar kasut yg dah azab sengsara tu....cari punya cari dapat gak lah kasut kerja untuk si suami tapi tak lah mahal sampai 2 3 ratus..bli setakat yang mmpu je...
Masa kat umah busu ternyata lah manje ibu ni dah biasa hidup sorang2. Busu ada menagsuh anak org. ada yang sebaya ngn manje ibu tapi die dah nak pandai jalan,dah tumbuh gg tapi manje ibu tak lagi. bile bagi die org main sama2 manje ibu mcm tak pandai nak main sama2 asik sengeh2 je kat budak tu...tak pandai nak amik mainan kat tgn budak tu..ala2 tak pandai gaduh lah kot... org suruh main same2,manje ibu asik tgk TV je.hahah...tu lah keadaan nye cz manje ibu ni di asuh sorang2 je. tu yang xmesra ngn org.
Pas anta adik ipar aku kat kempas kite org pun gerak balik tanjng gemuk (kuala rompin) dari kempas pukul 5 ptg sampai tg gemuk dalam pukul 8.30 mlm.. yang best nye mlm ni ada wat mkn2 lagi.mmg rajin betul jiran mertua aku ni wat mkn2. sesuai sgt lah dgn aku yg sentiasa lapar je ni. menu die laksa penang...mmg peberet aku sgt2 ni...letih mmg letih tapi seronok. aku tak rasa balik rumah mertua pun.rasa mcm balik rumah mak sendiri je. fmly mertua pun baik jiran2 n saudara mara sebaleh suami pun ok je semua. balik je kg menje ibu tido pun lewat cz ramai org nak melayan manje ibu...
Petang Isnin baru gerak balik Langat...sampai Langat dah pukul 10.00 mlm...nasib ada tapau lauk dr kg senag sikit kerja aku. Klu tak kene singgah mkn kat kedai..aku tak suke..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















