iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, February 21, 2014

cara express goreng ayam beku dari peti sejuk




wah..dah lama betul tak ber update blog ni. nasib baik igt lagi password klu tak, alamatnye selamat berkubur la jwg nye.. nafsu ber'bloging' dah tak berapa nak naik lately ni. sibuk sangat ngan mcm hal kehidupan (tak nak kalah la konon,bz lah sangat...)

macam tak caya pulak aku nak bg tip kan? bukan la tips high class pun. tip ni sgt sesuai dgn org yang macam aku je.. tips time darurat.

kali ni nak turun kan ilmu memasak.. cara mudah dan pantas sekiranya dah masuk ketegori 'perut darurat '
sebelum tu nak serita jugak sejarah asal kejadian. for your info hubby ai sekarang ni tgh berdiet. tgh gairah mengayuh basikal. tqvm to my hubby sbb terbuka hati nak berdiet. kire meringan kan kerja isteri terchinta lah. xpayah la aku tergopoh gapah balik nak masak lagi. tp sebelum balik kerja make sure aku dah full kan tank aku. kire boleh tahan sampai pagi esok.

nak dijadikan cerita, aku tak sempat nak penuhkan tank sebelum balik keje, sampai je rumah lapar tahap keluar peluh sejuk. dalam peti tinggal ayam je. nak rendam tunggu lembut lepas magrib la baru aku boleh masak jwb nye..malam tu pulak aku ada kelas mengaji.pkul 8 dah kene g ngaji..

ting!!!! dapat la petunjuk..syukur alhamdulillah...aku pun potong ayam tu saiz kecik sikit.ayam tu tgk beku lagi..lepas tu masuk periuk n rebus.


letak air sikit je tau.nnt ais kat ayam tu cair,air pun jd banyak.
rubus ayam tu sampai ais diyakini cair,sekali gus isi ayam pun akan masak.
tambah garam n serbuk kunyit secukup rasa. nanti tak payah nak gaul dgn kunyit n garam lagi

lepas diyakini ais dah cair,air rebus tu pun dah hampir kering boleh la goreng terus ayam tu
goreng dalam 5 minit je. xpayah lama2. agak2 dah nmpak garing boleh la angkat.

nilah hasilnye..rasa masin tu sebati dlm isi ayam.
ayam pun masak sempurna.


kalau aku yang makan sorang,dah cukup lauk mcm ni,janji perut aku kenyang. masak je ayam, terus senduk nasi,tuang kicap n potong cili tabur je atas nasi tu. senang kan hidup aku? gambar nasi tak lupa nak snap sbb dah lapar tahap gaban.

alhamdulullah...syukur lah rezeki aku untuk mlm tu. dapat lah aku g mengaji dgn keadaan perut kenyang.




Wednesday, January 8, 2014

MAHIR ILHAM PART 3 (LAST)



6 Jan 2014 bermula lah episod baru dalam hidup Delisha di TADIKA MAHIR ILHAM. untuk minggu pertama ni, minggu orientasi masuk pukul 12.00 thg hari n balik pukul 2.00 ptg. masa yang penuh cabaran bagi ibu sebab nak elakkan Delisha tido. hari pertama tu memang nampak delisha dah nak tido..cepat2 la ibu siap2 kan die.pakai baju n ready nak pergi sekolah. Hari pertama ibu n ayah hantar. ibu siap masuk dlm sbb ramai yang masuk.setemgah jam pertama Delisha malu2 lagi..nak warm up dulu. die duduk je. buat tak tau je arahan cikgu2 kat depan tu. lepas setengah jam baru lah malu tu hilang sikit2. dah mula bangun, angkat tangan n lompat2 sama2 dengan cikgu.

sebelum pergi sekolah.terpaksa ceriakan muka walaupun hati dah nerbes.

ramai nye kawan baru kat sekolah. harap delisha bulah sesuaikan diri kat sekolah baru. ada gak yang menangis.tapi xde la sampai melulung gajah. siape yang menangis cikgu suruh mak n ayah ambil anak die. kalau tak nanti ramai yang ikut menangis.

balik sekolah cikgu bagi semua murid mainan. amik hati budak2 biar la suka g sekolah. biar budak2 ni set kan dlm fikiran, sekolah ni tempat yang seronok. 


kesimpulan nye, Alhamdulillah Delisha ok. semoga membesar jadi anak yang solahah.. 



Friday, January 3, 2014

MAHIR ILHAM part 2



part 2 ni nak cerita pasal amik baju n beg kat sekolah. start 1/1/2014 - 5/1/2014 mak bapak boleh ambil barang2 mcm uniform, baju sukan beg n name tag sementara. sesiapa yang nak register hari ni pon boleh. boleh buat skali je terus. xde lah jadi mcm aku. tapi aku memang sengaja pergi banyak kali pun n bayak Delisha sekali. biar die xrasa kekok bila dah start sekolah nnt. sekurang2 nye dia dah pernah la tengok cikgu2 yang ada kat situ. liranya pendedahan awal kat sekolah baru.

beg sekolah yang sediakan. tak digalakkan bawa beg sendiri masa sekolah. beg tu dah siap tulis nama n no telefon pihak sekolah.kalau ape2 jadi orang lain tau la budak ni dari sekolah mane.
beg die petak melintang. memang xcun desing nye. tak menarik pun aku tgk. kalau sekolah tu tukar bentuk,warna  n design beg  tu lebih ke jiwa budak2 lagi menarik aku rasa.

selingan. dalam kete.snap pic dari bawah je. tau pulak malu nak snap pic dari atas. nanti org nampak.


katek nye anak saya.hehehe
selekeh sikit,tapi tetap comel di mate ibu

uniform sekolah. kene pakai hari Isnin sampai Khamis.
mcm baju anak patung. comel. saya suka..saya suka...

baju sukan. pakai setiap hari jumaat. tapi topi tu simpan untuk event besar sikit mcm sukan or lawatan

ni je barang2 yang di ambil. buku-buku masa hari sekolah nanti cikgu bagi.

Delisha dgn Uniform sekolah barunya.
tahun ni pakai saiz M

bergaya dengan baju sukan..

MAHIR ILHAM part 1

 
wah siap ada part2 lagi.mcm panjang je nak cerita..part 1 ni nak cerita tentang registration je..sbb nak register Delisha kat tadika mahir ilham ni ada banyak peringkat. sepatut nye boleh je buat skali. saje nak baut keje banyak kali.sambil tu boleh buat pilihan lagi.

tadika mahir ilham ni tepi jalan utama hulu langat je. sekarang ni dah banyak pilihan nak hantar anak2 sekolah tadika kat hulu langat. ikut kemampuan masing2. sebelum buat pilihan, mcm biasa lah aku akan meng'google' lah.search info tentang sekolah2 yang ada di Hulu langat tu. well known brand kindergarden pun besepah. tapi fulus nya la yang jadi halangan. bila dah baca banyak blog bloger2 tegar. menurut cerita bloger2 tu tadika MAHIR ILHAM ni tak mengecewakan.


 
1st step aku g booking tempat dulu. konon2 g booking tempat ni dapat lah sesi pagi.rupa2 nye sesi pagi dah penuh.dari bulan Ogos lagi dah penuh. maknanya Delisha kene sekolah sesi petang. cabaran baru buat Delisha sebab sekolah sesi petang. masuk pukul 12.30 dan balik pukul 4.30 ptg. cabarannya adalah time tgh hari tu time tido die..bangun pagi dah jadi kebiasaan Delisha sejak mula2 duduk rumah pengasuh lagi. tapi cikgu kat sekolah tu cakap murid yang sekolah sesi petang lagi cepat pandai dari murid sesi pagi sebab pagi2 ni budak2 biasa nye moody. take time nak amik mood die org semula.
 
 
 
5jr tu 5 junior. untuk budak2 yang umur 5tahun dan baru bersekolah. ada jugak 5 senior untuk budak2 yang dah sekolah kat situ dari umur 4thn. tu semua jumlah yang dah ditetapkan untuk registration tahun 2014. ada kenaikan harga sikit. tapi tu untuk sepasang baju sekolah n sepasang baju sukan. aku tambah lagi sepasang baju sekolah. so tambah RM45
 
 
 
datang pulak kali kedua nak setelkan balance yuran. ingat dah boleh dapat baju..tapi kene datang sekali lagi nanti untuk ambil baju n beg.
 
so bersambung lah part 2 nanti..
 
 
 

 
untuk registration kene bawak salinan surat beranak n sekeping gambar..



Friday, December 27, 2013

TAZKIRAH JUMAAT


       
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan kesihatan,.....
       AL-QURAN ada mengajar kita menjaga kesihatan & membuat amalan  
       seperti berikut......
·       MANDI PAGI SEBELUM SUBUH atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan kita, boleh mengurangkan lemak yang terkumpul, kita boleh melihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkan badan mereka TIDAK GEMOK.

·       Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas AIR SEJUK (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena penyakit). Jadi marilah kita amalkan untuk meminum air sejuk di pagi hari sebelum/selepas Solat Subuh.

·       Waktu subuh di sunatkan kita BERTAFAKUL (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan BERSUJUD maka darah akan mengalir diruang berkenaan.

·       Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat dapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ION+VE, manakala dalam ikan mengandungi ION-VE, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas BIOKIMIA yang terhasil yang boleh merosakkan USUS KITA. Orang Yahudi suka makan ikan tanpa bercampur dengan makanan yang berasaskan ayam.

·    Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan & bila habis makan hendaklah menjilat jari. Bagitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda drp terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

 Sabda Nabi SAW ILMU itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah , ALLAH akan menggandakan 10 kali  kepadanya.

Mari kita Istiqamah amalkannya semoga InsyaAllah kita menjadi  
Muslimin & Muslimah yang berjaya di DUNIA & AKHIRAT ......Ameenn

Thursday, November 14, 2013

TAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2013



Semalam 13/11/2013 tamatlah sesi persekolahan Delihsa untuk tahun 2013 ni. sekolah die cuti awal 2 hari dari sekolah lain sekali tutup terus untuk tahun2 yang akan datang. atas sebab2 tertentu bangunan tersebut perlu dipulangkan kerana ada penyewa baru. sekolah Delisha ni rumah kedai tingkat atas. tingkat bawah tu dah disewa nak buat kedai hardware..setakat tu je yang aku tahu. lebih kurang macam tu lah cerita nye. cerita sebenar yang lebih tepat tak pulak aku tau. tu pun aku dah kira rajin la nak tanya kat cikgu.

sebenarnya aku pun tak tau yang sekolah ni cuti awal. yang aku tau Delisha bagi tau cikgu die nak bagi beg baru. tak sempatlah aku nak bagi hadiah kat cikgu2 Delisha. xde rezeki lah nampaknye.




bergambar dengan beg baru
dalam tu ada la pencil box dgn botol air..
pastu ada roti ngn air kotak 

mlm tu ikut ibu g ngaji.
thn dpn dah nak hantar die blajar mengaji
skrg ni ikut2 ibu dulu.
ngaji la iqra' sikit ngn ustazah
balik mintak susu n terus tertido kat bilik ibu.

dua tiga hari ni mood rajin nak solat.
dah 3 hari solat subuh.sebab mood nak mandi dulu sebelum ibu n ayah.
pukul 6 dah mandi n solat pastu baru minum susu.
tapi kiblat die konsep TAWAKAL
tawakal mcm mane sejadah terbentang
die bentang sejadah pastu kat mane arah sejadah tu,itulah kiblat die.
klu aku betul kan die marah.



Monday, November 11, 2013

Delisha OH Delisha





ini adalah hasil kerja anak saya berumur 4 tahun..berkonsepkan "ADA AKU KISAH?" sebab nye naik sawan ibu pesan suruh kira dulu sebelum tulis. tapi sebab konsep ada aku kisah menebal dalam hati, tulis aje lah ape yang die suka.sebab ibu bukan cikgu.budak2 besar ni cakap cikgu yang die org nak dengar. campur plak dgn keras kepala tuan punya badan, jadi macam tu lah hasil nye. so,ibu kene lebih banyak belajar saikologi nak pujuk anak yang mcm ni.

mula hantar sekolah awal tahun ni masa umur 4 tahun.. target aku kenal huruf n menulis pun dah cukup. kalau boleh membaca tu syukur Alhamdulillah sgt2. setakat minggu terakhir sekolah tahun ni boleh la die menulis n mengeja sikit2. tu pun ikut mood. kalau disuruh, merapu lah jawabnye. kalau kehendak hati sendiri kite curi2 dengar, betul lah mcm yang cikgu ajar.

minggu lepas bawak balik kertas exam..WOW..semua markah tinggi2..paling rendah pun 86%. tapi xde pun rasa bangga dalam hati ibu sebab aku tau tahap kemampuan anak aku..bukan markah tinggi yang aku nak tgk. biar lah markah 10% pun yang die tunjuk kat aku. sebeb dari situ aku boleh tau setakat mana kebolehan die. dari situ aku boleh perbaiki kelemahan tu.