iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, October 14, 2011

Jumaat ---- smart casual day

ops!!! klu pernah nampak tudung tu kat mane2
senyap je tau..jgn sesekli bersuara ape lagi bertanya

tempat posing tu tak penting
sbb objektif sebenar nak tunjuk baju je.


Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..selamat hari jumaat & selamat semuanye.
Jumaat adalah penghulu segala hari.semua org islam mmg sedia maklum akan hal itu n rasanya tak perlulah aku wat ceramah pendek dlm N3 kali ni.

Kat company aku plak Jumaat diwartakan sebagai smart casual day. maksud nye pada hari jumaat boleh lah pakai baju kasual. kalau tak pakai kemeja n sluar slack pun boleh g opis. tapi ramai yg dah tersalah erti, hari jumaat boleh pakai tshirt bodoh n jeans. tu termasuk lah aku sebenar nye. ikut pandai korg la.

tapi hari ni aku ok.aku tak la pakai jeans g keje.aku pakai kemeja n sluar tak tau nak ckp sluar ape.tapi mmg boleh pakai untuk hari bekerja biasa lah.plan nak pakai jubah memandang kan hari jumaat. kene jadi baik2 sikit. baru comey...(perasaan aku je).

Pic aku pun dah tertepek kat sini,so aku nak buat pengakuan jujur sebenarnya baju ni baju pinjam (tp bkn pinjam pun cz tak mintak izin pun)hehehe. tuan punya baju tompang basuh baju kat umah aku.pastu tuan nye balik kg.tinggal lah baju ni kat umah aku sementara waktu. ahad ni tuan die balik semula.so mesti lah tuan baju ni amik semula baju die kan?? menggunakan sisa2 masa yg ada,aku pun iron n pakai g keje hari ni.Nak lepas gian.slame ni pakai la baju kurung je g keje. aku keje ngn org lelaki je mejoritinya. perasaan nak melaram tu tak membara cz xde saingan. 2 3 kerat org pempuan kat sini pun mcm tu gak. dah tepek bedak n calit sikit lipstik tu pun dah kira rajin lah tu. sbb mengenangkan aku ni muda lagi harus lah jugak kdg2 kene pakai elok2 n cantik2 (cantik pada aku je). jgn lah aku tua sebelum usia...

ok lah..tetibe kehilangan idea plak.
sambung N3 lain di lain hari okey.

wassalam...

No comments:

Post a Comment