iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Saturday, October 29, 2011

pelangi

Fail:Arc-en-ciel secondaire.jpg

dah lama aku tak tgk pelangi.masa aku kecik2 dulu slalu gak berkesempatan tgk pelangi.skrg ni xtau la kenapa jrg dpt tgk pelangi muncul.aku yg tak prihatin or dah mmg xde lagi pelangi yg muncul. cantik pelangi tu.tapi aku sempat snap sekeping je gambar.pastu tetiba hujan turun skali ngn angin kuat. huhu...aku mmg ngeri klu angin kuat  ni.

aku teringat masa kecik2 dulu.entah mana cerita karut yg kwn2 aku dpt 'klu nampak pelangi tak boleh tunjuk,nnt tangan kudung'. lawak antarabangsa pun kalah aku rasa..ape kene mengena klu tunjuk pelangi tangan kudung plak.

fakta sahih tentang pelangi..

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Fail:Rainbow formation.png

No comments:

Post a Comment