iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Saturday, October 29, 2011

pelangi

Fail:Arc-en-ciel secondaire.jpg

dah lama aku tak tgk pelangi.masa aku kecik2 dulu slalu gak berkesempatan tgk pelangi.skrg ni xtau la kenapa jrg dpt tgk pelangi muncul.aku yg tak prihatin or dah mmg xde lagi pelangi yg muncul. cantik pelangi tu.tapi aku sempat snap sekeping je gambar.pastu tetiba hujan turun skali ngn angin kuat. huhu...aku mmg ngeri klu angin kuat  ni.

aku teringat masa kecik2 dulu.entah mana cerita karut yg kwn2 aku dpt 'klu nampak pelangi tak boleh tunjuk,nnt tangan kudung'. lawak antarabangsa pun kalah aku rasa..ape kene mengena klu tunjuk pelangi tangan kudung plak.

fakta sahih tentang pelangi..

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Fail:Rainbow formation.png

Thursday, October 20, 2011

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."



1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.


2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.


7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY 3RD WEDDING ANNIVERSARY 19 Oktober 2011

N3 in advance


pic ni 3 tahun lepas...

syukur alhamdulillah kerana kami diberi peluang untuk hidup bersama mengharungi kehidupan berumah tangga sehingga ke saat ini.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
KE TIGA TAHUN

nak cakap selamat menyambut ulang tahun perkahwianan ke tiga kot salah.
macam dah kwin kali ke tiga plak.

semoga Allah swt akan sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan di dalam rumah tangga kami.
semoga ikatan suci ini akan kekal selama-lamanya
dengan kehadiran cahaya mata kami akan menguatkan kasih sayang antara kami.

Doa untuk kebahagiaan keluarga





Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa'.


Weekend aku bersama jiran2

Aku mau bercerita tapi cerita ape ye? ada cerita tapi xdo pic...

kite cerita kosong aje lah.dlm blog ni xleh bersembang cz one way communication je.so bukan berbual kosong juz cerita kosong.

Disebalik cerita aku membelah kesunyian pagi drive sensorg,rupanya ada org meninggal kat umah aku.sbb aku tak tau aku pun berani lah kluar rumah.klu tau,kluar peluh jantan lah aku kluar rumah nak g ke kereta nampak gayanya. tak mau cite pasal org yg meninggal tu, cite pasal xtvt org yg masih hidup ni. Ape pun takziah utk Abang Man & family atas pemergian anakanda nye (aku tak kanal pun anak die yg meninggal tu)

aku sampai rumah dah pikul 7 pagi.plan nak tido sepuasnye sampai tgh hari sbb aku tak tido pun mlm tu.
sampai je rumah jiran dpn rumah bg tau berita kematian tu.ape lagi terus celik la bijik mate aku. mandi2 n kemas rumah sikit2 n terus join jiran2 yg ada kat luar.

tlg prepare makanan utk org balik dari kubur nnt.masak utk lunch skali.semuanye bergotong rayong. kat kwsn rumah aku tu masih lagi mengamalkan gotong royong. so kene join la tlg2 ape yg patut.dah setel bab siang aku pun lari balik umah jap nak tido.tido sampai hujan lebat kat luar pun aku tak sedar. ape lagi selamat lah kain baju aku yg berjemo kat luat tu bermandi hujan. Adoi......tambah lagi astu kerja.

petang plak sambung masak smula utk tahlil. gotong rayong jugak.join skali lagi. masak sampai dah nak magrib.lepas isyak, majlis tahlil.pukul 11 mlm baru setel.ape lagi lepas kemas sikit2 aku pun menonong je balik rumah cz mcm ada batu besar je bergantung mate aku ni.Fuh... mmg letih. tapi disebabkan jiran ni semuanye baik2 laratkan gak lah tolong ape yg boleh.

esok nye plak (Ahad) penat pun tak hilang sgt lagi.nak masak breakfast pun mls. aku pun bagi je tepung kat akk depan umah suh die tlg masakkan cekodok.hehehe setel bab makan pagi ni...pas masak mkn la ramai2 dpn rumah. selamat aku tak payah masak.. dah kenyang perut sambung tlg setelkan pinggan mangkuk kat pondok tempat tahlil smlm. die org dah siap masak nasik goreng. rezeki2...mmg xpayah la aku masak tgh hari ni...

rezeki lagi...mee rebus plak.jiran sebelah rumah masak n makan ramai2 kat umah die.. sah mmg aku tak payah la masak.siap tapaukan lagi...boleh rehat2 je...kih...kih...kih... dah kenyang jagi lah ular sawa..melingkar dlm rumah..

petang, bergosip sambil buat kuih loyang a.k.a kuih ros. kuih ni kuih tradisional.masa aku kecik2 dulu slalu  jumpa kat umah org time raya.skrg ni dah jarang sgt jumpa.dpt gak blajar buat kuih tu. sambil masak sambil makan kuih tu.agk2 aku dah kenyang, aku pun masuk la rumah.alasan,aku nak masak plak.xlrt nak tlg smp habis.byk sgt die org buat. hehehe kdg2 aku ni xleh pakai gak.

pas tu mlm pun menjelma. aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

tu lah aktiviti aku minggu lepas. klu aku ada aku bercampur la ngn masyarakat. klu dah balik kg or time standby mmg aku dah tak peduli org. kerja perlu diutamakan cz tu lah periuk nasik aku.



klu korg tak kenal ni lah kuih nye..google je..

Saturday, October 15, 2011

WA CAYA SAMA WA!!!!

huh...hari ni 15 Oct 2011 jam 3.00am tercatat lah sejarah aku drive sensorg dari umah ke opis..
bukan kagum cz aku drive.tp masa n ketika beserta time tu...korg tgk btul2 pukul berapa okey....TIGA PAGI tau.masa org tgh sdp2 diulit mimpi aku terpaksa meredah embun jantan n membelah kabus malam(ewah tetiba je jiwang dipagi buta) dtg ke opis sbb kene wat test call smula...ROLLBACK. bukan salah org ln,salah aku la sebenarnye.aku yg g getal nak balik awal. berani buat berani tanggung lah. ni lah akibatnye.

pukul 1.30 aku dah balik cz test call after migration dah setel.mmg sepatutnye aku kene tunggu sampai dieorg setel.biasanye setel n success lah. nak dijadikan cerita mlm ni plak tak success.ape masalah nye tak payah la aku nak cite cz bukan korg paham pun.sampai rumah aku pun tido.tgh syok2 membuta masuk 1 call,call ni akan bg tau success or tak.biasanye seccess lah.tapi kali ni terus celek biji mata cz center tu ckp tak seccess n kene wat test call smula.APE?????!!!!!!! aku suruh org tu ulang semula ape yg die ckp. SAH mmg tak success n aku kene g opis smule.

pendek kan cite aku pun kesian kat 'org sebelah' n anak aku, aku pun mintak izin nak g sorg je.dlm rasa berani n tak aku kuatkan gak hati utk drive sendiri.alhamdulillah aku pun selamat sampai opis. ops lupa nak  cite otw aku g opis ada polis wat roadblock, aku berenti n die suh la aku turunkan tingkap.

Incik polis: akak dari mane?
aku          : dari rumah
incik polis: nak g mane ni (sambil suluh2 dlm kete aku yg ala2 lori sampah mini sbb byk sgt kertas)
aku          : nak g opis
incik polis : hah, g opis? buat ape? (muka terkejut n tak percaya pepagi buta plak nak g opis)
aku           : ON CALL
incik polis : oooo...okey. (dah percaya lah cz die org pun biasa ON CALL gak)

lagi pun muke aku ni muke suci (cz bgn tido terus pakai tudung xpayah basuh muka)
muka aku muka org tak reti menipu.keh...keh...keh....  


****** kete yg bayak kertas tu KERETA KANCIL  ye.bukan dibeli atas nama aku.
anda semua perlu berdiri n beri TEPUKAN GEMURUH utk aku cz kete yg aku bwk tu kete MANUAL.
kete AUTO tu aku takut nak bawak atas alasan BESAR. (bukan kete merc ye just saga je)

******nampak sgt aku ni bukan jenis pempuan yg independent.hehehe lantak lah ape org nak ckp janji aku HAPI

ok cau cin cau...

lagi lama lg byk aku merepek.

Friday, October 14, 2011

Jumaat ---- smart casual day

ops!!! klu pernah nampak tudung tu kat mane2
senyap je tau..jgn sesekli bersuara ape lagi bertanya

tempat posing tu tak penting
sbb objektif sebenar nak tunjuk baju je.


Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..selamat hari jumaat & selamat semuanye.
Jumaat adalah penghulu segala hari.semua org islam mmg sedia maklum akan hal itu n rasanya tak perlulah aku wat ceramah pendek dlm N3 kali ni.

Kat company aku plak Jumaat diwartakan sebagai smart casual day. maksud nye pada hari jumaat boleh lah pakai baju kasual. kalau tak pakai kemeja n sluar slack pun boleh g opis. tapi ramai yg dah tersalah erti, hari jumaat boleh pakai tshirt bodoh n jeans. tu termasuk lah aku sebenar nye. ikut pandai korg la.

tapi hari ni aku ok.aku tak la pakai jeans g keje.aku pakai kemeja n sluar tak tau nak ckp sluar ape.tapi mmg boleh pakai untuk hari bekerja biasa lah.plan nak pakai jubah memandang kan hari jumaat. kene jadi baik2 sikit. baru comey...(perasaan aku je).

Pic aku pun dah tertepek kat sini,so aku nak buat pengakuan jujur sebenarnya baju ni baju pinjam (tp bkn pinjam pun cz tak mintak izin pun)hehehe. tuan punya baju tompang basuh baju kat umah aku.pastu tuan nye balik kg.tinggal lah baju ni kat umah aku sementara waktu. ahad ni tuan die balik semula.so mesti lah tuan baju ni amik semula baju die kan?? menggunakan sisa2 masa yg ada,aku pun iron n pakai g keje hari ni.Nak lepas gian.slame ni pakai la baju kurung je g keje. aku keje ngn org lelaki je mejoritinya. perasaan nak melaram tu tak membara cz xde saingan. 2 3 kerat org pempuan kat sini pun mcm tu gak. dah tepek bedak n calit sikit lipstik tu pun dah kira rajin lah tu. sbb mengenangkan aku ni muda lagi harus lah jugak kdg2 kene pakai elok2 n cantik2 (cantik pada aku je). jgn lah aku tua sebelum usia...

ok lah..tetibe kehilangan idea plak.
sambung N3 lain di lain hari okey.

wassalam...

Wednesday, October 12, 2011

KAABAH

BACA DAN CEK BETUL KE TAK PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT... Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah? Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini. Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini. kredit: http://www.NurulAmir.com Salam Ukhuwah..

10-C-ON aku...



Stress betul aku skrg ni. stress n tension (10-C-ON) cz tak reti nak pakai tudung belit2 mcm org skrg ni...adoi..aku ni dah ketinggalan zaman.cara berpakaian pun dah mcm makcik-makcik je aku rasa...rasanye tak la tua sgt pun.tapi....no komen lah.

pagi tadi berhajat nak la pakai tudung lilit2 mcm org muda2 zaman skrg.lilit punya lilit....tak jadi gak..huh...KECEWA.....last skali aku bentang je kat meja. hah jadilah kau ALAS MEJA... nak bli table runner mahal..ko pakai jelah tudung aku tu je meje...

balik krg aku try usaha lagi.klu jadi ko boleh jd tudung nak tutup kepala aku.klu tak selama2nye lah ko dok kat situ n tutup lah meja tu.dah buruk nanti aku LEMPAR je dlm tong sampah...

ALAMAK!!!!!! tension lagi....
NAK MASAK APE SABTU NI YE???? jiran2 ajak berpiknik dpn umah je.bwk makanan dr umah.pastu mkn lah ramai2...BUNYI MCM BEST je...tapi ape yg aku nak masak cz aku tak pandai masak.msk utk mkn ber2 je boleh la...

Monday, October 10, 2011

Cite sikit pasal langsir



bukan nak cite pasal aku jait lagsir yg gran2.
ni nak cite pasal 'org sebelah'aku yg sentiasa tak puas hati ngan aku.
ada je benda die tak puas hati a.k.a busuk hati kat aku.

baru2 ni balik kg aku n g la umah kenduri.
kenduri org nak g haji.
sempat plak 'org sebelah' aku usha langsir umah org tu

sembang laki bini

laki: tadi sy tgk langsir umah org tu cantik gak.
      bukan cantik pesen die.die punya kedut tu rapat2.kan cantik klu mcm tu
(dah start nak ngata aku lah tu)
bini: banyak kedut,bayak lah kain nye.
       banyak kain, banyak plak dah duitnye.
       bak duit nye, boleh sy wat langsir byk kedut...

tu punya jawab si bini...sungguh tak membangun jwp kat laki mcm tu.

die mmg suka mengkritik lagsir yg aku jait.
KAH...KAH...KAH....
korang pun boleh gelak besar sebenarnya.
tapi memang betul pun.
kali pertama aku jait langsir sendiri langsung xde kedut.
sebab nye aku jait kalah org pro.
org siap ukur.aku main agak2 je.
agak2 tu pun masa kat kg.lagsir untuk rumah aku.

yg kali kedua ni aku mmg terlebih pandai dari org
staff nagoya tu dah bg tau aku klu 3panel punye tingkap biasanya 6m
sebab aku nak buat utk 2 tingkap so kene bli 12 meter lah.
aku yg bijak bestari ni g beli 10m je.
budget lah konon je

HA AMIK KAU!!!!!
dapat lah langsir yg kurang kedut
seperti yg 'org sebelah' aku meluat tu



moral of the story:
kire ok lah dari cubaan yg pertama...
tapi sori la cz aku tak nak lah tepek pic lagsir umah aku
klu nak tgk gak sila lah selidik umah aku
tak pun cari2 lah gambar kot ada selit2 kat FB or memane.

Friday, October 7, 2011

hasil jejari gatal


nilah hasil jejari aku yg gatal menerjah kat mudah.com
qualiti OK /KO
aku xleh komen lagi
klu dah guna baru boleh komen
lagi pun ni baru kali pertama aku bli cadar
harga pun xla murah sgt biasa2 je

aku ni dok HULU
nak g ke KL tu mmg payah la
bukan payah dik jauh
payah dik MALAS

beli baju aku dah serik
sbb baju nak kene try dulu
pernah bli baju delisha
tapi bile dpt AMIK KAU!!!!
gedabak bosa eh...