iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Friday, May 22, 2015

MAJLIS CUKUR JAMBUL,BERENDOI N AKIKAH NUR RAISHA 28 March 2015




syukur alhamdulillah ada rezeki lebih n boleh buat majlis akikah untuk 2 org puteri ibu n ayah. tompang kenduri makcu.masa ni makcu nak kawin. memang kene pada waktu n ketikanya. sesungguhnya Allah dah aturkan yang terbaik setiap sesuatu.



dimulakan dengan majlis khatam Quran Makcu n Abang Long


kumpulan berzanji, geng opah lah jugak ni

majlis berzanji

last sekali majlis berendoi. naik buai.

lena nur raisha tido.dari potong jambul smp selesai berendoi
gambar masa potong jambul xde.

sampai habis majlis pun die tido je.
raisha memang good girl..

Thursday, May 21, 2015

PENAMBAH SERI KELUARGA KECIL KAMI



FRESH!!!!!
kira macam kek baru kluar dari oven lah.
baby of Karmila Binti Mohd Shrif
NUR RAISHA SOFIA BINTI SAIFUL ADHA

1st day dirumah


setiap kali aku pandang muka anak2,mulut xhenti2 ucap syukur sebab diberi rasa pengalaman mengandung,melahir n membesarkan anak. nikmat yang sangat2 berharga dalam hidup. syukur alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Mu.

anak adalah anugerah terindah. bila dah ada anak dua ni, rasa keibuan tu makin terserlah.. masa anak sulung dulu tu,macam lambat sampai persaan tu. bukan xsayang kat anak,tapi ada satu perasaan yang tak terluah dengan kata2. so, xpayah lah nak hurai panjang lebar.

YES!!! ibu dah ada dua orang anak. dua2 puteri. syukur Allah permudahkan proses bersalin.. sakit pun tak lama..pukul 12.30 sampai hosp, 2.38am dah selamat bersalin. walaupun kejap tapi tetap sakit. 

NUR RAISHA & NURDELISHA memang berbeza sifat2 mereka. lain anak lain lah ragamnye. si adik ni manpak mcm ganas. kalau org tak kenal mesti kata raisha lelaki. si kakak mmg nmpak ciri2 keperempuanan dari lahir lagi. kakak pu kecik molek je. adik ni besar n semangat. 

merasa duduk bawah lampu
juandis!!!!
kesian...sangat2 kesian

hangus kulit kene salai bawah lampu.
dengan rambut pacak,xkan ada org teka raisha perempuan
hakikatnya raisha gurl2 lah...


Thursday, May 14, 2015

Kembali Bersiaran

fuh...fuh...fuh... lap2 sikit habuk, sapu2 sikit sawang blog ni..
Lama betul tak meroyan kan... bukan la sebab sibuk sangat pun. mood yang xmari.

BTW update pasal tuan punya blog, sekarang ni anak I dah dua orang.. so I dah ada 2 org puteri. lahir 8 Jan 2015
kalau cerita bab menagndung n besalin memang berkajang2 lah. dipendekkan cerita, mengandung anak kedua ni memang mencabar. adalah mabuk, nak makan masakkan sendiri.kire budget diri yang paling bagus baba memasak time tu.

Bab bersalin pulak, macam dah igt2 lupa mcm mane tanda2 nak besalin,maklumlah beza anak sulung dengan kedua ni dekat 6 tahun. masa besalin anak sulung dulu pun mcm bodoh2 alang je.. tanda2 memang tak sama. so,korang jangan nak assume semua orang dapat tanda2 yang sama bile nak bersalin ye..

kali ni dapat cuti bersalin 3bln kooo.... best giler cuti lama.tapi duduk berpantang kat kampung 1 bln je, almaklumlah anak sulung dah skolah.tu pun tumpang skolah tadika kemas kat kampung.nasib lah skolah tu depan rumah mak je.

Sekarang ni anak kedua dah 4bulan..bagi nama Nur Raisha Sofia. berat lahir 3.37kg kira besar lah kalau nak  dibandingkan saiz perut aku masa mengandung tu. aku pun terkejut bby kali ni boleh besar mcm tu. aku budget paling berat pun 2.9kg je. lahir normal di hospital yang sama dengan anak sulung dulu, Hospital Ampang.

N3 kali ni untuk korg yang rajin membaca sahaja, sebab xde gambar.. malas nak cucuk2 cable kat PC nak transfer2 gambar..

sekian..
wassalam

Friday, February 21, 2014

cara express goreng ayam beku dari peti sejuk




wah..dah lama betul tak ber update blog ni. nasib baik igt lagi password klu tak, alamatnye selamat berkubur la jwg nye.. nafsu ber'bloging' dah tak berapa nak naik lately ni. sibuk sangat ngan mcm hal kehidupan (tak nak kalah la konon,bz lah sangat...)

macam tak caya pulak aku nak bg tip kan? bukan la tips high class pun. tip ni sgt sesuai dgn org yang macam aku je.. tips time darurat.

kali ni nak turun kan ilmu memasak.. cara mudah dan pantas sekiranya dah masuk ketegori 'perut darurat '
sebelum tu nak serita jugak sejarah asal kejadian. for your info hubby ai sekarang ni tgh berdiet. tgh gairah mengayuh basikal. tqvm to my hubby sbb terbuka hati nak berdiet. kire meringan kan kerja isteri terchinta lah. xpayah la aku tergopoh gapah balik nak masak lagi. tp sebelum balik kerja make sure aku dah full kan tank aku. kire boleh tahan sampai pagi esok.

nak dijadikan cerita, aku tak sempat nak penuhkan tank sebelum balik keje, sampai je rumah lapar tahap keluar peluh sejuk. dalam peti tinggal ayam je. nak rendam tunggu lembut lepas magrib la baru aku boleh masak jwb nye..malam tu pulak aku ada kelas mengaji.pkul 8 dah kene g ngaji..

ting!!!! dapat la petunjuk..syukur alhamdulillah...aku pun potong ayam tu saiz kecik sikit.ayam tu tgk beku lagi..lepas tu masuk periuk n rebus.


letak air sikit je tau.nnt ais kat ayam tu cair,air pun jd banyak.
rubus ayam tu sampai ais diyakini cair,sekali gus isi ayam pun akan masak.
tambah garam n serbuk kunyit secukup rasa. nanti tak payah nak gaul dgn kunyit n garam lagi

lepas diyakini ais dah cair,air rebus tu pun dah hampir kering boleh la goreng terus ayam tu
goreng dalam 5 minit je. xpayah lama2. agak2 dah nmpak garing boleh la angkat.

nilah hasilnye..rasa masin tu sebati dlm isi ayam.
ayam pun masak sempurna.


kalau aku yang makan sorang,dah cukup lauk mcm ni,janji perut aku kenyang. masak je ayam, terus senduk nasi,tuang kicap n potong cili tabur je atas nasi tu. senang kan hidup aku? gambar nasi tak lupa nak snap sbb dah lapar tahap gaban.

alhamdulullah...syukur lah rezeki aku untuk mlm tu. dapat lah aku g mengaji dgn keadaan perut kenyang.




Wednesday, January 8, 2014

MAHIR ILHAM PART 3 (LAST)



6 Jan 2014 bermula lah episod baru dalam hidup Delisha di TADIKA MAHIR ILHAM. untuk minggu pertama ni, minggu orientasi masuk pukul 12.00 thg hari n balik pukul 2.00 ptg. masa yang penuh cabaran bagi ibu sebab nak elakkan Delisha tido. hari pertama tu memang nampak delisha dah nak tido..cepat2 la ibu siap2 kan die.pakai baju n ready nak pergi sekolah. Hari pertama ibu n ayah hantar. ibu siap masuk dlm sbb ramai yang masuk.setemgah jam pertama Delisha malu2 lagi..nak warm up dulu. die duduk je. buat tak tau je arahan cikgu2 kat depan tu. lepas setengah jam baru lah malu tu hilang sikit2. dah mula bangun, angkat tangan n lompat2 sama2 dengan cikgu.

sebelum pergi sekolah.terpaksa ceriakan muka walaupun hati dah nerbes.

ramai nye kawan baru kat sekolah. harap delisha bulah sesuaikan diri kat sekolah baru. ada gak yang menangis.tapi xde la sampai melulung gajah. siape yang menangis cikgu suruh mak n ayah ambil anak die. kalau tak nanti ramai yang ikut menangis.

balik sekolah cikgu bagi semua murid mainan. amik hati budak2 biar la suka g sekolah. biar budak2 ni set kan dlm fikiran, sekolah ni tempat yang seronok. 


kesimpulan nye, Alhamdulillah Delisha ok. semoga membesar jadi anak yang solahah.. 



Friday, January 3, 2014

MAHIR ILHAM part 2



part 2 ni nak cerita pasal amik baju n beg kat sekolah. start 1/1/2014 - 5/1/2014 mak bapak boleh ambil barang2 mcm uniform, baju sukan beg n name tag sementara. sesiapa yang nak register hari ni pon boleh. boleh buat skali je terus. xde lah jadi mcm aku. tapi aku memang sengaja pergi banyak kali pun n bayak Delisha sekali. biar die xrasa kekok bila dah start sekolah nnt. sekurang2 nye dia dah pernah la tengok cikgu2 yang ada kat situ. liranya pendedahan awal kat sekolah baru.

beg sekolah yang sediakan. tak digalakkan bawa beg sendiri masa sekolah. beg tu dah siap tulis nama n no telefon pihak sekolah.kalau ape2 jadi orang lain tau la budak ni dari sekolah mane.
beg die petak melintang. memang xcun desing nye. tak menarik pun aku tgk. kalau sekolah tu tukar bentuk,warna  n design beg  tu lebih ke jiwa budak2 lagi menarik aku rasa.

selingan. dalam kete.snap pic dari bawah je. tau pulak malu nak snap pic dari atas. nanti org nampak.


katek nye anak saya.hehehe
selekeh sikit,tapi tetap comel di mate ibu

uniform sekolah. kene pakai hari Isnin sampai Khamis.
mcm baju anak patung. comel. saya suka..saya suka...

baju sukan. pakai setiap hari jumaat. tapi topi tu simpan untuk event besar sikit mcm sukan or lawatan

ni je barang2 yang di ambil. buku-buku masa hari sekolah nanti cikgu bagi.

Delisha dgn Uniform sekolah barunya.
tahun ni pakai saiz M

bergaya dengan baju sukan..

MAHIR ILHAM part 1

 
wah siap ada part2 lagi.mcm panjang je nak cerita..part 1 ni nak cerita tentang registration je..sbb nak register Delisha kat tadika mahir ilham ni ada banyak peringkat. sepatut nye boleh je buat skali. saje nak baut keje banyak kali.sambil tu boleh buat pilihan lagi.

tadika mahir ilham ni tepi jalan utama hulu langat je. sekarang ni dah banyak pilihan nak hantar anak2 sekolah tadika kat hulu langat. ikut kemampuan masing2. sebelum buat pilihan, mcm biasa lah aku akan meng'google' lah.search info tentang sekolah2 yang ada di Hulu langat tu. well known brand kindergarden pun besepah. tapi fulus nya la yang jadi halangan. bila dah baca banyak blog bloger2 tegar. menurut cerita bloger2 tu tadika MAHIR ILHAM ni tak mengecewakan.


 
1st step aku g booking tempat dulu. konon2 g booking tempat ni dapat lah sesi pagi.rupa2 nye sesi pagi dah penuh.dari bulan Ogos lagi dah penuh. maknanya Delisha kene sekolah sesi petang. cabaran baru buat Delisha sebab sekolah sesi petang. masuk pukul 12.30 dan balik pukul 4.30 ptg. cabarannya adalah time tgh hari tu time tido die..bangun pagi dah jadi kebiasaan Delisha sejak mula2 duduk rumah pengasuh lagi. tapi cikgu kat sekolah tu cakap murid yang sekolah sesi petang lagi cepat pandai dari murid sesi pagi sebab pagi2 ni budak2 biasa nye moody. take time nak amik mood die org semula.
 
 
 
5jr tu 5 junior. untuk budak2 yang umur 5tahun dan baru bersekolah. ada jugak 5 senior untuk budak2 yang dah sekolah kat situ dari umur 4thn. tu semua jumlah yang dah ditetapkan untuk registration tahun 2014. ada kenaikan harga sikit. tapi tu untuk sepasang baju sekolah n sepasang baju sukan. aku tambah lagi sepasang baju sekolah. so tambah RM45
 
 
 
datang pulak kali kedua nak setelkan balance yuran. ingat dah boleh dapat baju..tapi kene datang sekali lagi nanti untuk ambil baju n beg.
 
so bersambung lah part 2 nanti..
 
 
 

 
untuk registration kene bawak salinan surat beranak n sekeping gambar..



Friday, December 27, 2013

TAZKIRAH JUMAAT


       
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan kesihatan,.....
       AL-QURAN ada mengajar kita menjaga kesihatan & membuat amalan  
       seperti berikut......
·       MANDI PAGI SEBELUM SUBUH atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan kita, boleh mengurangkan lemak yang terkumpul, kita boleh melihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkan badan mereka TIDAK GEMOK.

·       Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas AIR SEJUK (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena penyakit). Jadi marilah kita amalkan untuk meminum air sejuk di pagi hari sebelum/selepas Solat Subuh.

·       Waktu subuh di sunatkan kita BERTAFAKUL (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan BERSUJUD maka darah akan mengalir diruang berkenaan.

·       Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat dapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ION+VE, manakala dalam ikan mengandungi ION-VE, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas BIOKIMIA yang terhasil yang boleh merosakkan USUS KITA. Orang Yahudi suka makan ikan tanpa bercampur dengan makanan yang berasaskan ayam.

·    Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan & bila habis makan hendaklah menjilat jari. Bagitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda drp terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

 Sabda Nabi SAW ILMU itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah , ALLAH akan menggandakan 10 kali  kepadanya.

Mari kita Istiqamah amalkannya semoga InsyaAllah kita menjadi  
Muslimin & Muslimah yang berjaya di DUNIA & AKHIRAT ......Ameenn

Thursday, November 14, 2013

TAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2013



Semalam 13/11/2013 tamatlah sesi persekolahan Delihsa untuk tahun 2013 ni. sekolah die cuti awal 2 hari dari sekolah lain sekali tutup terus untuk tahun2 yang akan datang. atas sebab2 tertentu bangunan tersebut perlu dipulangkan kerana ada penyewa baru. sekolah Delisha ni rumah kedai tingkat atas. tingkat bawah tu dah disewa nak buat kedai hardware..setakat tu je yang aku tahu. lebih kurang macam tu lah cerita nye. cerita sebenar yang lebih tepat tak pulak aku tau. tu pun aku dah kira rajin la nak tanya kat cikgu.

sebenarnya aku pun tak tau yang sekolah ni cuti awal. yang aku tau Delisha bagi tau cikgu die nak bagi beg baru. tak sempatlah aku nak bagi hadiah kat cikgu2 Delisha. xde rezeki lah nampaknye.




bergambar dengan beg baru
dalam tu ada la pencil box dgn botol air..
pastu ada roti ngn air kotak 

mlm tu ikut ibu g ngaji.
thn dpn dah nak hantar die blajar mengaji
skrg ni ikut2 ibu dulu.
ngaji la iqra' sikit ngn ustazah
balik mintak susu n terus tertido kat bilik ibu.

dua tiga hari ni mood rajin nak solat.
dah 3 hari solat subuh.sebab mood nak mandi dulu sebelum ibu n ayah.
pukul 6 dah mandi n solat pastu baru minum susu.
tapi kiblat die konsep TAWAKAL
tawakal mcm mane sejadah terbentang
die bentang sejadah pastu kat mane arah sejadah tu,itulah kiblat die.
klu aku betul kan die marah.



Monday, November 11, 2013

Delisha OH Delisha





ini adalah hasil kerja anak saya berumur 4 tahun..berkonsepkan "ADA AKU KISAH?" sebab nye naik sawan ibu pesan suruh kira dulu sebelum tulis. tapi sebab konsep ada aku kisah menebal dalam hati, tulis aje lah ape yang die suka.sebab ibu bukan cikgu.budak2 besar ni cakap cikgu yang die org nak dengar. campur plak dgn keras kepala tuan punya badan, jadi macam tu lah hasil nye. so,ibu kene lebih banyak belajar saikologi nak pujuk anak yang mcm ni.

mula hantar sekolah awal tahun ni masa umur 4 tahun.. target aku kenal huruf n menulis pun dah cukup. kalau boleh membaca tu syukur Alhamdulillah sgt2. setakat minggu terakhir sekolah tahun ni boleh la die menulis n mengeja sikit2. tu pun ikut mood. kalau disuruh, merapu lah jawabnye. kalau kehendak hati sendiri kite curi2 dengar, betul lah mcm yang cikgu ajar.

minggu lepas bawak balik kertas exam..WOW..semua markah tinggi2..paling rendah pun 86%. tapi xde pun rasa bangga dalam hati ibu sebab aku tau tahap kemampuan anak aku..bukan markah tinggi yang aku nak tgk. biar lah markah 10% pun yang die tunjuk kat aku. sebeb dari situ aku boleh tau setakat mana kebolehan die. dari situ aku boleh perbaiki kelemahan tu. 


Monday, October 28, 2013

SKILL BERGAMBAR DAH MERUDUM





Fuh!!! semput amik gambar sendiri. Dah lama gile rasanye xamik gambar muka sendiri. Bukan muka sendiri je xamik, gambar org lain pun dah tak amik. aku yang dah tak suka dgn teknologi or teknologi yang dah tak terima aku ni???

snap punye snap muka sendiri bile tgk 'eh apesal teruk sgt muka aku ni???' ape dah jadi. kemre dah merajuk dengan aku ke? dah tak mcm dulu lagi. Bile amik gambar tu jadi je. maksudnye muke tu ok la walau tak cantik tapi tetep comel...wekkkk...jangan muntah ye.xbaik tau. kecik hati perut kite nanti..

Rupanya nak amik gambar sekarang ni dah x boleh nak senyum2 simpul lagi. dah tak laku wokey!!! muke dah keras. cuba tengok gambar basar sebelah kiri atas n gambar kecil sebelah die tu..Gambar macam tu kene sengeh lebih sikit biar nampak gigi. dah sikit punye lebar aku sengeh tu!! macam tu je hasil nye???

gambar besar sebelah kanan kat bawah tu n yang kicik2 tu aku senyum2 manje je..ingatkan dah cun habis la..tapi hasil nye nan hadoo yo...

kesimpulannye, bile dah makin tua ni tak payah la ko nak bergambar sendiri mcm remaja lagi. kalau nak bergambar sendiri pun ko kene usaha lebih utk sengeh supaya muka baru nampak ceria. dah 3 siris ni muka dah keras. kemre pun dah tak berapa nak suka. dah xde istilah foto genik lagi. foto getik ada lah.tapi ni semua untuk org yang taraf hidup mcm aku jela. yang sentiasa n bertambah cantik tu sila abaikan nasihat aku ni.

sekian bersiaran untuk kali ni.

Wassalam...

Friday, October 25, 2013

Kenangan terakhir Delisha dgn arwah atok





raya tahun 2013 turn raya kampung aku. so bergambar raya ngn fmly sebelah aku jela. glemer nak bergambar 1 fmly ni pagi raya je. dah tgh hari makeup pun dah cair mood nak bergambar pun kelaut.

balik tg gemok raya ke dua. raya kedua kemre pun xpgg dah. xde lah bergambar raya dgn fmly mertua n ipar duai. raya ke3 rombongan cik kiah tg gemok menerjah ke kuantan sebab abag ipar nak rasmi kedai baru die. buat la mkn2 kat sana. balik dari sana singgah teluk cempedak or nama glemenye TC. kat sana sempatlah delisha bergambar dgn atok. banyak gambar delisha ngan atok. atok pulak sporting je nak bergambar.lagi pun arwah atok ni baik. ape kata org je.xde nak membantah pun. rupanya tu lah kenangan terakhir delisha dgn arwah atok.

ape pun semoga arwah atok ditempatkan dgn org2 yang beriman. Al-Fatihah ...

Monday, October 21, 2013

BIRTHDAY DELISHA KE 4 TAHUN



Baru berkesempatan nak update pasal besday delisha.dah lebih sebulan gambar2 ni aku peram kat pc je.

syukur alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami. dapatlah buatkan sambutan ulang tahun puteri kami ke 4 tahun.. setakat ni die masih solo tak berteman, boleh la buatkan setahun sekali untuk die.kalau dah berteman nanti kene bagi laluan kat adik die pulak buat besday.. setiap tahun dapatlah jugak aku buatkan untuk die walaupun kecil2lan. yang penting ada kek nye..sambil tu boleh nak bersedekah kat jiran2 buat mkn2 sikit. disebabkan Delisha lahir bulan puasa, so besday die aku buat la sekali ngn open house...menu tiap2 tahu adalah nasi impit n rendang..tahun ni gantikan makanan wajib LAKSA ke SUP pulak..mee,bihun n kuey teaw.. sampingan untuk budak tu goreng lah nugget n sosej.. tak lelap tido aku memasak sendiri..adalah adik aku tlg potong2 ape yang patut.

mari lah sama2 kite layan gambar kat bawah.tak larat lah nak upload semua gambar..gambar semua dah upload bundle kat pesbuk je..

tahun ni nak kek pooh tapi kedai tu xde plak gambar pooh
Micky mouse pun boleh la 

Delisha n the geng

mari nyanyi tiup n potong kek

alhamdulullah semua selesai.
makanan pun cukup2 je..
tetamu datang dari pukul 3ptg sampai la mknn habis (dlm pukul 9mlm)

Thursday, October 17, 2013

Tutorial Windows 8

Tutorial Windows 8 untuk Pemula

Alkisah suatu cerita biasa kat aku. minggu lepas cari laptop konon sng nak buat kerja dari rumah tak payah la nak berkejar-kejaran ke ofis bila ada kerja (melainkan test call). servey sana sini kat google suruh la Mr Runner aka suami terchinta g tengok keadaan fizikal...aku? of kos la amik jaln paling menjimatkan wang ringgit aku dari segi cash nye...so pilihan nye bli kat koperasi je..klu dah koperasi tu harusla potong gaji.tapi aku tak kisah bab potong gaji ni.yang penting aku tak payah nak semak kan fikiran.

setel segala urusan oleh Mr suami,aku isi form n autograf je.yang lain semua serahkan kepada yang pakar kesana kemari.

pendekkan cerita,dah dapat laptop tu aku pun suruh la sepul aka MR suami jemput aku balik lunch semata2 nak godek kat umah.nak try la bukak kat umah boleh tak remote je dari rumah..sekali bila on je,gigit jari la laki bini..aku terutamanye la.bila dah tgk lain mcm trus rasa menyesal bli..mcm mane nak appear kan desktop pun xtau...n paling menyedihkan nak shut down pun xjumpa kat mane..

wassup member kat opis mintak tlg settingkan laptop tu.buatlah mcm mane janji aku boleh buat kerja dari rumah lepas opis hour.rilex je org tu buat..mmg sebelum ni pun die tak pernak guna WINDOW 8 ni..

so sekarang ni untuk perkongsian umum,khasnya untuk org mcm aku sila baca totorial kat bawah ni. link sebenarnye klik sini.

***moral of the story..jgn jadi mcm aku...



dilangkahkakiku.blogspot.com
Akhirnya Windows 8 telah resmi dirilis, Microsoft telah mengumumkannya beberapa hari yang lalu bahwa generasi terbaru dari windows telah hadir. Bagi yang telah menggunakan windows OS sebelumnya windows 8 menghadirkan penampilan yang lebih fresh dan pengalaman baru dalam mengoperasikannya. Berikut ini beberapa tutorial windows 8 untuk pemula.


Windows 8 dihadirkan Microsoft untuk menjawab tantangan operating system yang dapat digunakan pada PC (Personal Computer) dan Tablet, dapat digunakan dengan cara tradisional menggunakan mouse dan keyboard atau dengan teknologi yang sedang trent saat ini Touch Screen (Layar Sentuh).

Ada beebrapa hal yang akan berbeda dari penggunaan dari penggunaan OS windows terdahulu dengan Windows 8, mungkin Anda perlu meninggalkan beberapa kebiasaan yang sebelumnya umum dijumpai pada windows terdahulu seperti Tampilan Desktop, Tombol start dan lainnya. Tidak perlu khawatir Anda menjadi bingung karena saya akan memberikan tutorial menggunakan Windows 8 untuk pemula


1. Navigasi Dasar
Windows 8 dihadirkan dengan tampilan yang baru. dengan tampilan aplikasi kotak yang fresh dan berwarna warni. Bila Anda menggunakan Tablet maka sangat mudah menggunakannya, hanya dengan menggeser jari Anda dilayar ke kiri dan kanan untuk mendapatkan aplikasi yang Anda inginkan atau menggunakan mouse dengan hanya mengeserkan mouse Anda dan Menggunakan Keyboard dengan menekan tombol Home dan End untuk menggerakkan screen pada layar. lalu gunakan kursor untuk memilih aplikasi yang diinginkan dan klik mouse atau tekan enter untuk menjalankan aplikasi tersebut.

dilangkahkakiku.blogspot.com

2. Menampilkan Menu

Pada windows 8 Anda tidak akan menemukan Tombol start yang biasa ada di sudut kiri bawah layar, waduh.. jangan stress dulu, Windows 8 hanya membuatnya "hilang" saja, untuk menampilkannya klik kanan pada sudut kiri bawah layar atau dengan keyboard tekan "Windows + X". Maka Akan ditampilkan menu yang biasa Anda jumpai seperti Device Manager, Control Panel, Explorer, Search Dialog dan lainnya

dilangkahkakiku.blogspot.com
3. Menu Aplikasi

"Windows + X" hanya menampilkan Menu utama saja, lalu bagaimana saya menemukan Aplikasi saya seperti office dan lainnya ? &#%@$ (pusing..) Upps.. jangan pusing dulu, tekan "Windows + Q" atau klik kanan pada layar atau dengan menggerakkan jari dari dasar bawah ke atas untuk menampilkan menu aplikasi maka akan ditampilkan semua aplikasi yang ada dalam bentuk ikon kotak yang berwarna warni

dilangkahkakiku.blogspot.com

4. Shutdown

Untuk melakukan shutdown letakkan mouse disudut kanan bawah atau dengan keyboard tekan "Windows + I" maka akan ditampilkan tombol power dan kilik tombol tersebut dan akan ada piihan Shut down atau restart.

5. App Bar
Windows 8 tidak menampilkan App Bar lagi sebagaimana yang ada pada windows terdahulu sehingga terlihat lebih simple. icon2 aplikasi yang sedang jalan yang biasa Anda lihat dibagian bawah layar sudah tidak Ada lagi, dan untuk melihat applikasi apa saja yang sedang berjalan Anda dapat menekan "Alt+Tab" atau Anda dapat menekan "Ctrl+Shif+Esc" untuk menampilkan menu apa saja yang sedang berjalan dengan Task Manager.

6. Menutup Aplikasi
Applikasi Windows 8 juga tidak mempunyai tombol close atau tanda X disudut kanan atas layar, lalu bagaimana saya menutup aplikasi ? untuk menutup aplikasi arahkan kursor pada bagian atas aplikasi, ketika kursor berubah menjadi tanda "tangan" klik kiri mouse dan tahan lalu geser kebawah atau kalau ini membuat report cukup tekan "Alt+F4"

dilangkahkakiku.blogspot.com


7. Picture Password
Kelebihan lain dari Windows 8 adanya Picture Password dimana kita dapat menggunakan picture lalu menggunakan kombinasi tab, atau garis atau juga lingkaran pada gambar yang digunakan sebagai password untuk log on, seperti "Sweep" pada iphone atau kombinasi titik pada Android. caranya dengan Select Win + I > More PC Settings > Users > Create a Picture Password

Untuk mempermudah user dalam mengoperasikan Windows 8 berikut saya berikan beberapa "shortkey" nya

Win : switch anatar Start screen dan Applikasi yang sedang berjalan
Win + C : Menampilkan Charms: the Settings, Devices, Share and Search options
Win + D : Menampilkan desktop
Win + E : Menampilkan Explorer
Win + F : Membuka Search pane
Win + H : Membuka Share pane
Win + I : Membuka Settings
Win + K : Membuka Devices pane
Win + L : Mengunci PC
Win + M : Meminimizekan Jendela Exploer atau Internet Explorer (Pada saat Jendela dalam keadaan Maksimal)
Win + O : toggles device orientation lock on and off
Win + P : switch tampilan pada layar lain atau projector
Win + Q : Membuka the App Search pane
Win + R : Membuka Kotak Run
Win + U : Membuka the Ease of Access Centre
Win + V : cycle through toasts (notifications)
Win + W : Mencari system settings (type POWER for links to all powerrelated
options, say)
Win + X : Menampilkan menu tools Windows dan applets
Win + + : Untuk Zoom in
Win + - : Untuk zoom out
Win + , : Aero peek pada desktop

Friday, October 4, 2013

Belajar tido bilik sendiri



Delisha dah 4 tahun. percubaan pertama bagi die tido sorang.Alhamdulillah berjaya. dah seminggu Delisha tido bilik die.mula2 tu risau jugak kalau die taknak or takut. tapi macam tak caya pun ada,die berani tido sorang. 
Biasanya die tido dalam pukul 10mlm. sebelum tido tu macam biasa suruh die kencing n buatkan susu.
sambil nyonyot sus dalam botol terus tertido. kebiasaan nye die mesti tido sampai ke pagi.nak selamat kene kejutkan die bangun g kencing dlm pukul 7 pagi.kalau tak banjirlah tilam tu. hari sekolah memang wajibla kene bangun kan die pukul 6.30 sebab die nak nyonyot botol sampai setengah jam. tu pun kadang2 tak habis pun susu 4ozs.

masa ni tido siang.malam tadi pun dah rasmikan bilik tido sorang

sebab almari ni lah die nak tido dalam bilik ni.

belajar tido atas tilam dulu.kalau terus tido atas katil takut jatuh.
kalau dah jatuh nanti jadi alasan je xnak tido bilik sendiri.


ibu pun tak sangka anak ibu berani.kalau ibu jgn harap la time umo mcm ni nak suruh tido sorg2 dlm bilik. lagi pun time aku dulu dah ada adik beradik lain. xde la mak ayah aku nak sediakan bilik sorang satu..

Delisha ni nasiblah...xde adik lagi. kite sama2 lah doa supaya Delisha dapat adik. hidup xde adik beradik ni buatkan delisha mcm independent sikit.tapi kedekut xpayah nak cerita.

**sori dah lama tak mengarang. nak susun ayat pun dah tak berapa menarik

Friday, September 27, 2013

Al-fatihah untuk arwah abah aka FIL

pic raya tiga tahun lepas.
masa ni delisha baru setahun


ajal dan maut tu semua ketentuan dari Allah swt. tak kan cepat n tak kan lambat walau sesaat pun. yang hidup pasti akan mati. yang sakit tak semestinya akan mengadap penciptaNya dahulu dari yang sihat. Allah swt dah ada perancangan yang baik untuk setiap hambaNya.

tanggal 15 sept 2013 abah dah pergi buat selama-lamanya. mengadap penciptanya. semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. hampir 5tahun menjadi menantu arwah abah. abah memang baik. aku tak rasa yang aku menantu dalam keluarga ni. berada dalm keluarga ni buat aku cukup rasa selesa n gembira. tak pernah sekali pun rasa berat hati bila nak balik kampung ni. sama macam perasaan nak balik kampung sendiri.

sebelum ni kalau tau family kecik aku nak balik kampung abah akan sediakan kopi n siapkan tempat tido.
tilam dah siap terbentang kat ruang tamu. sbb aku memang tak nak tido dlm bilik.malas nak naik tangga. ape je aku masak mesti abah akan makan walaupun sikit n walaupun tak sedap. pagi2 lagi abah mesti siap2 nak belikan sarapan untuk anak2,menantu n cucu.

perginya arwah abah buatkan aku pun turut sama rasa kesedihan dan kehilangan. kalau 30 tahun dulu tarikh ni mak n abah gembira sebab dapat anak kedua a.k.a mr suami aku..tahun ni kami semua terkejut n sedih sebab kehilangan abah. 

semoga mak terus tabah meneruskan kehidupan. mak n abah saling melengkapi. bile abah dah takde mesti rasa satu kehilangan yang besar. takde lagi tempat bermanja,berkongsi kasih n berkongsi suka n duka.

dua peristiwa dalam satu tarikh 15 september. bile ingat besday mr suami maka terigatlah jugak hari abah pergi mangadap penciptanya.

Al-fatihah untuk arwah abah Ibrahim Bin Yahya 

Thursday, September 5, 2013

kembali bersiaran buat seketika

jumpa lagi semua..
lama sgt tak update blog ni. dah jammed..bukan jammed sebab terlalu sibuk mengupdate or ramai baca blog.tapi jam sebab dah berkarat.

mood nak berkarya tu tak mari. bukan nye lah bz sampai tak de masa nak menaip. byk perkara yang jadi.
mak aku xsihat,kene operate,masuk ICU n sekarang alhamdulillah dah sihat. saat2 yang sgt mencemaskan. fikiran kusut.ayah aku pulak sememangnye xsihat.

lepas tu dah puasa n sibuk nak raya. sekarang ni aku pulak sibuk nak kene tukar ofis lain.entah kemana pun xtau..isnin ni (9/9/2013) tunggu jatuh hukum kemane tercampak nye..dlm pada sibuk nak kene pindah, lagi kecoh nak update segala mcm file nak internal audit ikut spec ISO... kene check elok2 biar file yang kite jaga tu sentiasa up to date.makne nye keje kene sentiasa buat. bukan satahun sekali baru nak buka file.

so,setakat ni je dulu..

kembali bersiaran bila dah dapat perkhabaran baru kat mane ofis baru aku nanti.

Thursday, May 16, 2013

MACAM-MACAM HARI

HARI IBU
Kad ni buat kat sekolah
cikgu dah siapkan,delisha warnakan sahaja

memang surprise la..
tiba2 je kluarkan kad ni bagi kat ibu..
'nah,saya buat utk besday ibu'..Delisha masih tak mengerti ape itu hari2 lain selain birthday je..
terima kasih sayang..kad pertama yang ibu dapat dari anak ibu..

'tapi esok ibu pulang balik tau'..ayo..yo....ape pasal mau pulang kan...buruk siku tau...
kad ni ibu kene jaga elok2 jgn sampai terlipat...ibu dah kena marah kenapa bagi kad yang die buat ni terlipat so sebagai menghargai pemberian anak,ibu simpan je kad ni bawah bantal..
hehehe...ibu memang takde hati perut..xde perasaan..
tapi jauh dalam hati ibu,ibu sangat2 hargai pemberian Delisha..


HARI GURU
dah siap balut..
balutan yang paling cantik n kemas la ibu buat tu..
dah habis la seni kretif yang ibu kluarkan..

dua hariah sebab ada dua orang cikgu kat PASTI delisha

kad kecik..

ayah tolong pegangkan tangan delisha utk tulis ni..
kalau delisha yang tulis sendiri mcm ni dah tersangat lah hebatnya...

BIRTHDAY ABAH (PENGASUH)
tak lupa jugak hadiah untuk abah halim 
hadiah special sebab delisha pilihkan sendiri..
hadia untuk abah tapi citarasa delisha

kad untuk abah

memang diakui delisha memang sayang kat abah halim
kadang2 sayang lagi abah dari ayah...