iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Thursday, December 17, 2009

Mesti Ibu Rindu...

Adoi.....kene kursus plak. 3 minggu lak tuh..jauh. kat Taiping sane.
beratnye rasa hati nak g.tapi dah kerja punya pasal ibu terpaksala tinggalkan delisha..
3 minggu la ibu xdpt jmp permata hati ibu nnt.
Ibu anta delisha balik kg. opah jaga nnt tau. delisha jgn nakal2 ye. dgr ckp opah n atok tau.

Tak sangka plak aku kene gak g kursus tuh..igt dah slmt xpyh g..
mase dulu dah pospon cz aku ngandung. mase tu sedih nak tinggal kan sang suami. maklum la mase tu xpernah jauh dr sang suami.semenjak kawin aku rasa aku la yang uruskan si sang suami tu.hehehe.... tapi kenyataan nya xde la semua.

Tapi skrg, sedih nak berjauhan dgn permata hati. tiap2 mlm tido ngn permata hati.bgn mlm2 tgk si permata hati ada aje. mlm2 mst merengek nak susu... ibu lah yang bangun buat kan susu. Mesti ibu trigt2 je kat permata hati. Bau,suara,perangai,cara tido n semua la ttg permata hati ibu ni...

Dah x sedih nak jauh ngn sang suami cz dah pernah bjauhan ngn sang suami mase pantang dulu. si sang suami pun boleh je hdp sndr.bagi peluang kat sang suami hdp membujang lagi. bleh la die bermasyarakat ngan org kat umah tuh.

dah habis kursus nnt ibu trus blk kg amik permata hati ibu ye....
adoi....blum g lagi dah trase rindu nye.

Tuesday, December 8, 2009

untuk dikongsi bersama

Assalamu'alaikum wr wb ..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di BaabunNisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil RasulullahSAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu.
Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

"Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh

1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

2Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidakmengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorangisteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan denganperkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisahyang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalambentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasukkesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinyadalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga,Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari RasulullahSAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunyaperempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang." SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Monday, December 7, 2009

Delisha kene selsema

kreok...kreok.....
ai perut pagi lagi dah berbunyi????
aku nak pose hari ni.maklumlah nak ganti sebulan pose lepas....
aku semangat bangun sahur pkul 5 pagi tadi. tapi knp plak bleh pedih lak perut pagi ni...
agaknya aku mkn ptg smlm je.mlm aku tak mkn...aku 1 flm tido awl.tak tau la ape sbbnye.
si permata hati aku tak brp sht,kene selsema plak.sian aku tgk die ssh nak bnafas.
sebagai ibu yang penyanang,xsampai hati nak biarkan permata hati ssh nak bernafas. aku pun ape lagi, dgn penuh rasa kasih syg kat permata hati,aku pun sedut la hingus..eeeee.... skali fikir mmg geli,tapi naluri keibuan yang buat ibu n ayah sggup wat mcm 2.
lps mandikan permata hati aku pun ikut la petua org lama2. nak kurang kan hidung bb tersumbat.
aku gosok kunyit hidup kat lesung batu pas 2 serbuk2 tu letak kat hidung bb.selawat la 3 kali.alhamdulillah boleh la permata hai ibu tido mlm tadi.
nak upload gmbr x bleh plak.kemre dah berkecai,kad reader lak xde nak amik gmbr kat handphone.lain kali lah ye kwn2....

Friday, December 4, 2009

03 Dec 2009

huh berlalu nya 03 Dec 2009 begitu sahaja...

tak de catitan untuk besday aku yang ke-26 tahun ni...
tepat pukul 00:00 malam 03 dec 09 terdengarlah di telinga ucapan dr org pertama sape lagi, laki aku la..en saiful adha...tapi mase 2 aku tgh tido.so,xde erti celebrate klu aku dah tido...nnt aku boleh naik angin klu mase beradu ku diganggu.

siang nye plak aku kerja la mcm biasa.bz plak hari ni.maka letih la bdn aku.ptg amik permata hati ibu kat umah pengasuh.....alhamdulillah rezeki. akak tu bagi nasi tomato...selamat aku tak payah masak mlm ni..balik aku n en saiful pun melantak la.

selesai melantak,nak tido kan permata hati ibu konon nya...ape dah jadi? dengan ibu pun terlelep sama.sedar2 dah pukul 00:00.dah masuk ahri baru la...

so good bye la 03 Dec 2009... kene tgu setahun lagi la nampaknya...
harap2 ada la cite best untuk tahun depan.

INTRO JE NI

wah tak boleh jadi ni. aku yang keje kat telekomunication company xde blok?

mmg bute teknologi betul.

asik keje aje, xamik port langsung pasal dunia luar.kawan pun dah tak ramai.

kawan2 pun dah tak tau ape perkembangan aku.entah bernafas or tak lagi dalam dunia ni...


HELLO KAWAN2!!!!!!


aku ke sini untuk bersama dengan mu memeriahkan lagi hari2 kite sementara masih hidup di dunia ni.


ikuti perkembangan hidup aku dalam ruangan yang akan datang.