iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Wednesday, January 27, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Untuk makluman kite bersama...

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


Health Info



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.




PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

4. Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Friday, January 22, 2010

Delisha Dah Pandai Meniarap....



Setelah sekian lama ibu tunggu anak ibu meniarap. akhirnya meniarap la jugak anak ibu... tapi ibu tak pasti bile delisha start meniarap. mase dok ngn mak tok kat kg ayh, mak tok ckp delisha tak meniarap lagi.

Ibu suke bile anak ibu dah pandai meniarap.. maknenya dah semakin besarlah anak ibu ni.. pagi 13 jan 2010 pukul 6.30 pagi mcm biase anak ibu pun celik la mate. celik2 mate je anak ibu terus je meniarap. ibu tegok je. yang pelik nya kepala dah tegak, tangan yang tersepit bwh badan pun anak ibu dah pandai lepaskan.... pelik gak mcm dah lame je pandai meniarap...pas tu angkat2 buntut plak...

Bile anta kat pengasuh ibu pun bg tau kat pengasuh delisha dah meniarap...rupe2nya mmg dah lama anak ibu ni meniarap. ooo...anak ibu pandai simpan skill rupenye.. xnak tunjuk kat ibu....

Kepada anak ibu, NURDELISHA SOFIA walaupun masa ibu ngn anak ibu terhad ibu tetap sayang anak ibu sepenuh hati.... dari pagi sampai petang ibu keje. malam je ibu dapat luangkan masa ngn anak ibu. tapi mlm tu singkat sgt. mlm anak ibu plak nak tido.....(hehehe...sebenarnya ibu yang tido dulu)

ape pun IBU SAYANG ANAK IBU SANGAT2.....

Tuesday, January 19, 2010

Alhamdulillah Ayah dah semakin sihat

lepas balik keje minggu lepas aku terus kemas2 bailk kg nak tengok ayah. Almaklumlah sejak ayah kuar dr hosp aku blum berkesempatan jumpa ayah lagi. Last jumpa ayah mase tu ayah kat ICU,xsedar lagi mase tu.3 minggu kat hosp mak lah yang setia jaga ayah.
3 minggu ayah masuk hosp. seminggu lebih kat ICU. start aku g kursus ayah masuk hosp,hari aku habis kursus ayah pun kuar hosp. tapi hari ayah kuar hosp tu aku tak sempat nak balik cz aku kena balik kg en saiful amik permata hati aku kat sana. kenduri pun aku tak balik cz xsempat. ayah kuar hosp hari sabtu, wat kenduri hari ahad,petang. so mmg xsempat la nak balik.
Syukur Alhamdulillah senang hati bile tgk ayah dah semakin sihat. xde lah mcm dlm ICU dulu. tapi ayah xboleh bjalan sangat lagi. dok kat wheel chair je. badan ayah nampak susut la.. sepanjang kat kampung makin hari aku tgk ayah dah semakin sihat. alhamdulillah....
aku nak ucapkan byk2 terima kasih kat sedara-mara, org kampung n sesape je yang dtg melawat ayah kat hosp n kat umah n sama2 doa kan kesihatan ayah. tak lupa tqvm kpd semua doktor n nurse yang jaga ayah sepanjang ayah kat ICU n wad biase kat hosp kuala pilah.

Tuesday, January 12, 2010

KURSUS DAH SELESAI





Alhamdulillah aku dah selamat menghadiri & menjalani kursus induksi HSBB kat TMTC Taiping.
Start 21 Dec 2009 - 09 Jan 2010. tiga minggu tu..... bleh sasau aku rindu kat anak ooo...... tapi kene kuatkan semangat niat g nak keje.Alhamdulillah dpt lah aku bertahan.

Dah sampai sana mcm2 dugaan. baru sehari kat sana ayah plak msuk wad kat hosp kuala pilah.
2 hari pelas tu ayah kene msuk ICU plak.

Mcm2 aktiviti kat sana. kelas smp mlm.weekend pun ada aktiviti gak. ape pun best g kursus tu, byk gak la ilmu yang aku dpt.

Aku tak sbar2 nak balik nak jumpa anak aku...ibu dah rindu sangat kat anak ibu.... seminggu en sepul jaga dua minggu lagi mertua aku jaga kat kampung..

Sekarang bermula la hidup aku seperti biasa bersama en saiful n anak aku NURDELISHA SOFIA.....