iBu SayaNg aNaK2 N aYaH

iBu SayaNg aNaK2 N aYaH
aku bersyukur menjadi seorang isteri dan ibu..kehadiran kalian menambah seri dalam hidup ku

Tuesday, May 24, 2011

RoMBoNgaN KaRMiZaLLiYaNi & FaMiLy ke LaNgKaWi (HaRi KeTiGa)

hari ketiga (last day at langkawi)

breakfast kat hotel je cz rugi klu tak g sbb mmg ada sedia breakfast skali
delisha mkn bubur nasi je
makn sikit main je lebih

slagi tak penuh meja jgn berhenti amik
tak habis tak pe janji amik
mcm mana nak habis????
mknn yg pedas pu jd manis
bukan manis cikit2..
manis bebena
xde bintang yg perlu di bagi klu bab mknn breakfast kat sini

lepas breakfast amik angin kat luar
layan alif n delisha nak tgk laut

mata budak 2 org tu tetap nak tgk laut gak
mak2 je yg gila bergambar

yani n her family

my family :)

ika n her lucky

alif n delisha dah check out
delisha bukan kerek hidung tapi nak tunjuk peace...
baru pandai naik kan satu jari je

ni lah masa yg ditunggu2....
tak ingat dunia dpt tgk barg2 kat sini...
klu ikutkan setiap satu jenis barang kat sini aku nak beli
tapi kos(semua aspek) tak mengizin kan

shoping coklat plak..
sbb aku bukan penggemar coklat so bli cikit2 je
ni kat coco valley murah dari tempat lain

sikit je aku punya barang
ole2 untuk emak,mertua,jiran2 n pengasuh
nasib baik kene tax RM10 je..


kat jeti tgu feri
delisha tido keletihan

hasil borongan aku n yani
sikit je kan???
org lain tu aku tgk lagi banyak
kite org ni kotak je yg besar
isi sikit je...

mlm tu singgah penang smula cz nak amik barang
barang2 lebihan tapisan ke langkawi
yg kite org tinggal kan kat umah ika
harap2 xjd lah balik kl mlm tu gak
tapi pujuk punya pujuk dari perlis sampai penang
tak berjaya gak,dah puas aku n yani wat janji manis kat laki masing2
tetap tak di layan gak
laki masing2 dah tau semua tu mesti janji palsu semata2..
sampai kl pukul 6.00pagi 22/5/2011
TAMAT LAH PERCUTIAN KARMIZALLIYANI KE LANGKAWI

walaupun letih tapi aku puas hati n sangat2 gembira
ape yg di plan sume menjadi
n syukur alhamdulillah semua nye berjalan lancar
kami selamat pergi n selamat sampai ke rumah masing2
selesai.....

untuk cite lagi detail klick lah kat sini

RoMBoNgaN KaRMiZaLLiYaNi & FaMiLy ke LaNgKaWi (HaRi KeDuA) pantai chenang

keriangan bila nampak bola
tu perkara biasa bagi aku

giliran alif plak pilih bola
tapi xdilayan...
wat penuh kete je
nnt mana plak nak letak brg2 shoping aku n yani...
bab ni anak kena lah mengalah

aku n yani
cuci mata aje cz xde yg menarik untuk dishopping

yani & ika posing aje

tak beli..saje try

akur...
akhirnya aku & yani belikan mainan ni untuk si manje kami

RoMBoNgaN KaRMiZaLLiYaNi & FaMiLy ke LaNgKaWi (HaRi KeDuA) bermandi manda di pool hotel BARON

LAYAN JE LAH GAMBAR2 NI
MALAS NAK CITE PANJANG


check in hotel pukul 5 ptg
hotel pilihan adalah BARON LANGKAWI
RM160/nite (aku agak2 je)
amik 3 bilik utk 3 family
hotel ni dkt je ngn jeti view pun cantik
tapi................
bayak syarat nak mandi kat pool die
tak pasal2 aku n arman bermodal bli sluar mandi budak kecik 2 org tu
syarat pertama
perempuan kena mandi pakai jersi n sluar licin
tak boleh pakai baju cotton
alasan.....
nnt bulu2 kat kain cotton tu tersumbat kat filter pool ni..
ceh!!!

syarat kedua
lelaki kene pakai sluar je (tapi bukan dari jenis kain cotton gak)
pendek cite tak boleh bakai baju slain baju renang

budak2 pun sama gak
modal RM19.90 beli sluar mandi delisha
aku.....pinjam baju arman
nasib baik laki tak boleh pakai baju
klu tak aku boleh turun dlm pool paras peha je
cz sluar aku je yg menepati syarat.

dapatlah kite org semua mandi dgn hapi nye
yani je yg tak mandi
hehehe....
die lah yg kene amik kan gambar2 kite org
nasib baik ko tak boleh mandi yani...
ada hikmah nye utk kite org

mandi tak peduli org lain..
kite je yg kongker pool tu...
hehehe.....


HAPPY 3RD ANNYVERSARY IN ADVANCE

RoMBoNgaN KaRMiZaLLiYaNi & FaMiLy ke LaNgKaWi (HaRi KeDua)

Hari kedua
pukul 6.30pagi gerak dari penang ke jeti kuala perlis
master plan suggest naik feri kat kuala perlis cz xpyh lama2 dok dln feri
masa lebih kurang 1 jam dari kuala perlis ke langkawi

semangat nak berjalan punya pasal pagi2 buta dah ready
ape yg master plan rancangkan semua menjadi
stakat delay stgh jam tu biasa lah


sampai jeti kuala perlis pukul 8.30pagi
ankgut barang kluar dari kete n park kete kat tmpt parking
sehari RM16 (klu tak silap lah) parking terbuka
ni dah habis tapis lah barang2 ni..dah bwk brg yg sgt2 penting je

2 org budak yg tak mandi lagi
sampai je jeti, tak lengah lagi trus mandikan si manje masing2
nasib baik delisha dah biasa mandi pagi.
so tak de masalah lah klu stakat mandi pukul 8.30

dah mandi
teruja tgk feri
delisha ckp lori
alif cakap kapal terbang
sapa yg betul?????????

sampai kat jeti langkawi
pertama kali aku jejak kan kaki di langkawi


perkara wajib...g kedai gamat
gamat nusantara
beli minyak gamat, air gamat n sabun gamat
ole2 untuk family,jiran2 n pengasuh



kota mahsuri
tgk video kisah mahsuri
kat sini sempat lah aku amik gambar 1 fmly
gambar yg dah dilekatkan kat piring
1 keping RM10 5 minit siap
ada gak lah kenangan aku nak letak kat rumah nnt

inilah kami
kami dapat bergambar sama2

RoMBoNgaN KaRMiZaLLiYaNi & FaMiLy ke LaNgKaWi (HaRi Pertama)

hari Jumaat 20/5/2011 gerak dari KL pukul 8 pagi n sampai kat Penang dlm pukul 2 ptg
campur ngn sesat sampai ke pulau oleh kerana mengikut direction master plan a.k.a ika
key word nye..jgn ikur signboard "BUTTERWORD"
yg ada dlm kete tu plak memang jenis mengikut kata (tapi sebenarnya zero knowledge)
so trus ikut sibgboard GEOGTOWN..
dah tentulah geogtown tu penang capital mesti lah dok kat pulau..
tak nak berleter panjang2 lyn je pic yg ade..


tak belengah lagi....sampai je terus makan

memang berselera walaupun badan letih jd penumpang

nilah lauk pauk yg tuan rumah a.k.a ika memang sedap

lepas rehat2 patang kluar ronda2 penang plak

alif....sangat teruja tgk laut n sangat2 memanfaatkan percutian

alif & delisha...one way communication...
bila alif panggil delisha,delisha wat xlyn
bila delisha plak panggil alif,alif pun wat tak layan gak..

lepak kat tepi jln je cz sume bangku dah berpenghuni
aku pun dah lupa kat mana

singgah kedai char kuey teaw & satey
jgn tanya kat mana sebab aku ikut aje..

family yani...

Thursday, May 12, 2011

Info utk sama2 kita ketahui..

info dari email yg aku dpt....

sori gambar tak disediakan cz aku tak sudi nak tepek gambar 'ia'

Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?
Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu Babi
dan ada pelbagai istilah lagi...


Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".



Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini.



Dapatkan buku "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif" ini

secara online di ---> http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=HfpSA&m=Kw6MHXdQjuMQzk&b=RE.ki2bsz7dtM7YmDeBkLQ



Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.



Harap informasi ini dapat membantu anda.



Terima Kasih

Friday, May 6, 2011